Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:8 - Alkitab Versi Borneo

8 juga sepucuk surat untuk Asaf, pengawas hutan raja, supaya dia memberi hamba kayu untuk membuat segala galang bagi pintu-pintu gerbang puri Bait Suci, bagi tembok kota, dan bagi rumah yang akan hamba diami.” Raja mengabulkan permintaanku kerana tangan Allahku yang baik menaungi aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

8 Selain itu, aku juga meminta surat bagi Asaf, pengawas hutan diraja, supaya dia memberi aku kayu balak bagi pintu gerbang kubu yang menjadi pertahanan Rumah TUHAN, dan bagi tembok kota, serta rumah yang akan kudiami. Raja mengabulkan semua permohonanku itu kerana Allah menyertai aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

8 Selain itu, aku juga meminta surat bagi Asaf, pengawas hutan diraja, supaya dia memberi aku kayu balak bagi pintu gerbang kubu yang menjadi pertahanan Rumah TUHAN, dan bagi tembok kota, serta rumah yang akan kudiami. Raja mengabulkan semua permohonanku itu kerana Allah menyertai aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:8
18 Iomraidhean Croise  

Kata lelaki itu, “Kini namamu bukan lagi Yakub tetapi Israel, kerana kamu sudah berjaya bergelut dengan Allah dan dengan manusia.”


Namun begitu, mata Allah mereka tertuju kepada tua-tua orang Yahudi, sehingga mereka tidak dikerah untuk menghentikan kerja sampai laporan diterima oleh Darius dan kemudian dibalas dengan kiriman surat jawapan tentang hal itu.


Mereka juga merayakan Hari Perayaan Roti Tidak Beragi selama tujuh hari dengan sukacita, kerana TUHAN telah membuat mereka bersukacita dan mengubah hati raja Asyur terhadap mereka, sehingga dia membantu mereka dalam pekerjaan membina semula Rumah Allah yakni Allah Israel.


Tambahan pula, dengan ini aku memberikan perintah tentang bagaimana kamu harus membantu tua-tua orang Yahudi itu membina semula Bait Allah itu: perbelanjaan mereka itu hendaklah dibiayai sepenuhnya daripada perbendaharaan kerajaan tanpa berlengah, iaitu cukai yang terpungut dari daerah seberang Sungai Efrat.


Ezra berangkat pulang dari Babel. Dia seorang ahli Kitab Suci, mahir dalam Kitab Suci Taurat yang diberikan TUHAN, Allah Israel, melalui Musa. Segala permintaannya diluluskan oleh raja kerana tangan TUHAN, Allahnya, menaunginya.


Pada hari pertama bulan pertama itu dia memulakan perjalanannya dari Babel, dan pada hari pertama pada bulan kelima sampailah dia di Yerusalem, kerana tangan Allahnya yang baik menaunginya.


Aku menugaskan Hanani, saudaraku, untuk mengawasi Yerusalem, bersama-sama Hananya, panglima puri. Hanani seorang takut kepada Allah yang boleh dipercayai melebihi ramai orang lain.


Hati raja seumpama anak sungai di dalam tangan TUHAN, dialirkan-Nya ke mana sahaja Dia kehendaki.


aku mengusahakan bagiku kebun-kebun dan taman-taman, dan menanaminya dengan rupa-rupa pohon buah;


aku menggali kolam-kolam air untuk mengairi hutan rimba iaitu tapak permulaan segala anak pokok.


Apabila kamu melihatnya, hatimu akan bergirang, tulang-tulangmu akan berkembang seperti rumput muda. Kuasa TUHAN akan dinyatakan kepada hamba-hamba-Nya, dan murka-Nya kepada musuh-musuh-Nya.


Allah membuat Daniel mendapat belas kasih dan sayang daripada ketua pegawai istana itu.


Tetapi hingga saat ini Allah telah menolongku dan aku berdiri di sini sambil bersaksi kepada orang besar dan orang biasa, dengan mengatakan perkara yang telah dinubuatkan oleh nabi-nabi dan oleh Musa:


dan menyelamatkannya daripada segala kesusahannya. Apabila Yusuf menghadap Firaun raja Mesir, Allah mengurniainya budi dan kebijaksanaan, sehingga raja Mesir melantiknya menjadi pemerintah yang berkuasa atas seluruh negeri itu dan istananya.


Segala puji dan syukur kepada Allah kerana telah meletakkan ke dalam hati Titus keprihatinan yang sama terhadapmu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan