Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:6 - Alkitab Versi Borneo

6 Tanya raja kepadaku, sementara permaisuri duduk di samping baginda, “Berapa lamakah perjalananmu nanti, dan bilakah engkau kembali?” Raja berkenan mengutus aku, maka aku pun menyampaikan suatu tempoh tertentu kepadanya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Raja, yang duduk bersama dengan permaisuri di sisinya, mengabulkan permohonanku. Raja bertanya berapa lama aku akan tinggal di sana, dan bila aku akan kembali. Aku pun memberitahu raja masanya aku akan kembali.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Raja, yang duduk bersama dengan permaisuri di sisinya, mengabulkan permohonanku. Raja bertanya berapa lama aku akan tinggal di sana, dan bila aku akan kembali. Aku pun memberitahu raja masanya aku akan kembali.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:6
9 Iomraidhean Croise  

Ya Tuhan, semoga telinga-Mu mendengar doa hamba-Mu ini dan doa para hamba-Mu yang rela menghormati nama-Mu. Berikanlah kejayaan kepada hamba-Mu hari ini dan kurniakanlah belas ihsan kepadanya di hadapan orang ini.” Pada waktu itu aku menjadi jururasa santapan raja.


Ketika semua itu terjadi, aku tidak ada di Yerusalem, kerana pada tahun ketiga puluh dua pemerintahan Artahsasta, raja Babel, aku pergi menghadap raja. Setelah beberapa waktu, aku mohon izin daripada raja


Tanya raja kepadaku, “Apakah yang ingin kamu minta?” Aku berdoa kepada Allah semesta langit


lalu berkata kepada raja, “Jika baik menurut raja dan jika tuanku berkenan kepada hambamu ini, utuslah hamba ke Tanah Yehuda, ke kota tempat pemakaman nenek moyang hamba, supaya hamba dapat membina semula kota itu.”


Sejak aku ditetapkan menjadi pembesar di Tanah Yehuda, iaitu selama dua belas tahun sejak tahun kedua puluh sampai tahun ketiga puluh dua pemerintahan Raja Artahsasta, aku dan para saudaraku tidak pernah makan peruntukan makanan pembesar.


Orangmu akan membina semula tempat-tempat yang sudah lama rosak. Engkau akan menegakkan semula asas yang sudah turun-temurun, dan engkau akan disebut pembaik yang menutup lubang-lubang tembok, pemulih yang memperbaik lorong-lorong tempat kediaman.”


Mereka akan membina semula tempat-tempat yang sudah lama rosak dan menegakkan kembali tempat-tempat yang dahulunya sunyi. Mereka akan memperelok semula kota-kota yang rosak, yang telah menjadi sunyi turun-temurun.


Sebelum mereka berseru kepada-Ku, Aku sudah menjawab. Sewaktu mereka sedang berkata-kata, Aku sudah mendengar.


Oleh sebab itu ketahuilah dan fahamilah: sejak keluarnya perintah untuk memulihkan dan membangunkan kembali Yerusalem sampai datangnya Orang Yang Dilantik, yakni seorang raja, akan ada tempoh masa tujuh minggu. Kemudian, selama enam puluh dua minggu, kota itu akan dibangunkan semula dengan tempat-tempat umum dan parit-paritnya, tetapi masa itu penuh kesusahan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan