Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:5 - Alkitab Versi Borneo

5 lalu berkata kepada raja, “Jika baik menurut raja dan jika tuanku berkenan kepada hambamu ini, utuslah hamba ke Tanah Yehuda, ke kota tempat pemakaman nenek moyang hamba, supaya hamba dapat membina semula kota itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 lalu aku berkata kepada raja, “Jika tuanku berkenan, dan tuanku sudi mengabulkan permohonan hamba, benarkanlah hamba pergi ke negeri Yehuda, kota tempat nenek moyang hamba dikuburkan, supaya hamba dapat membina semula kota itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 lalu aku berkata kepada raja, “Jika tuanku berkenan, dan tuanku sudi mengabulkan permohonan hamba, benarkanlah hamba pergi ke negeri Yehuda, kota tempat nenek moyang hamba dikuburkan, supaya hamba dapat membina semula kota itu.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:5
12 Iomraidhean Croise  

Lalu Yoab sujud dan memberi hormat sambil memohon berkat bagi raja. Kata Yoab, “Hari ini hambamu tahu bahawa hamba berkenan di mata Tuanku Raja, kerana Raja telah mengabulkan permintaan hambanya ini.”


Sekarang, jika diperkenan oleh Raja, adakanlah suatu carian di dalam perbendaharaan diraja di Babel, sama ada Raja Kores pernah memberikan perintah untuk membina semula Rumah Allah di Yerusalem itu. Kemudian sudilah Raja menyampaikan kehendaknya tentang hal tersebut kepada kami.”


Tanya raja kepadaku, “Apakah yang ingin kamu minta?” Aku berdoa kepada Allah semesta langit


Tanya raja kepadaku, sementara permaisuri duduk di samping baginda, “Berapa lamakah perjalananmu nanti, dan bilakah engkau kembali?” Raja berkenan mengutus aku, maka aku pun menyampaikan suatu tempoh tertentu kepadanya.


Sekiranya tuanku perkenankan hendaklah tuanku mengeluarkan suatu perisytiharan diraja dan dicatatkan dalam undang-undang orang Parsi dan Media dan tidak dapat dimansuhkan, bahawa Wasti tidak boleh datang lagi menghadap Raja Ahasyweros, dan bahawa raja akan mengurniakan kedudukannya sebagai ratu kepada orang lain yang lebih baik daripadanya.


jika tuanku bermurah hati kepada hamba dan jika baik menurut tuanku untuk meluluskan permohonan hamba dan memenuhi permintaan hamba itu, sudilah kiranya tuanku datang lagi berserta Haman pada hari esok ke jamuan yang akan hamba adakan untuk tuanku dan Haman. Esok hamba akan menjawab pertanyaan tuanku.”


Jawab Ratu Ester, “Jika tuanku bermurah hati kepada hamba, ya Raja, dan jika Raja perkenankan, biarlah nyawa hamba dikurniakan kepada hamba atas permohonan hamba, begitu jugalah, hamba memohon nyawa bangsa hamba.


Dia berkata, “Jika baik menurut raja dan jika tuanku bermurah hati kepada hamba sehingga hal ini dipandang benar oleh raja dan hamba mendapat perkenan tuanku, maka biarlah tuanku mengeluarkan perintah untuk menarik balik surat-surat Haman anak Hamedata, bani Agag itu, yang ditulisnya dengan muslihat untuk membinasakan orang Yahudi di seluruh wilayah kerajaan.


Dengan demikian engkau akan disukai serta memperoleh nama baik di mata Allah dan manusia.


Oleh sebab itu ketahuilah dan fahamilah: sejak keluarnya perintah untuk memulihkan dan membangunkan kembali Yerusalem sampai datangnya Orang Yang Dilantik, yakni seorang raja, akan ada tempoh masa tujuh minggu. Kemudian, selama enam puluh dua minggu, kota itu akan dibangunkan semula dengan tempat-tempat umum dan parit-paritnya, tetapi masa itu penuh kesusahan.


Malanglah kamu, ahli Taurat dan orang Farisi! Kamu munafik! Kamu seperti kubur yang bercat putih: cantik di luar tetapi di dalamnya penuh dengan tulang mayat dan segala macam kekotoran.


Berkatalah pula Rut, “Saya telah dilayan dengan belas ihsan daripada tuan, kerana tuan telah menenangkan hati saya serta bercakap dengan baik kepada saya walaupun saya bukan salah seorang pekerja perempuan tuan.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan