Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Tanya raja kepadaku, “Apakah yang ingin kamu minta?” Aku berdoa kepada Allah semesta langit

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Raja bertanya, “Kalau begitu, apakah keinginanmu?” Aku berdoa dalam hati kepada Allah penguasa di syurga,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Raja bertanya, “Kalau begitu, apakah keinginanmu?” Aku berdoa dalam hati kepada Allah penguasa di syurga,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:4
15 Iomraidhean Croise  

Lalu kepada Daud dikhabarkan demikian, “Ahitofel ada antara kalangan yang bersekongkol dengan Absalom.” Maka berkatalah Daud, “Ya TUHAN, semoga Engkau gagalkanlah segala nasihat Ahitofel.”


Di Gibeon, TUHAN menampakkan diri kepada Salomo dalam mimpi pada malam hari. Allah berfirman, “Mintalah apa yang kauingin Kukurniakan kepadamu.”


Ya Tuhan, semoga telinga-Mu mendengar doa hamba-Mu ini dan doa para hamba-Mu yang rela menghormati nama-Mu. Berikanlah kejayaan kepada hamba-Mu hari ini dan kurniakanlah belas ihsan kepadanya di hadapan orang ini.” Pada waktu itu aku menjadi jururasa santapan raja.


Sebaik sahaja mendengar perkataan itu, duduklah aku lantas menangis dan berkabung selama beberapa hari. Aku berpuasa dan berdoa di hadapan Allah semesta langit,


kataku, “Ya TUHAN, Allah semesta langit, Allah yang besar dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian-Nya serta kasih abadi-Nya terhadap orang yang mencintai-Nya dan menuruti segala perintah-Nya,


Aku menjawab mereka dengan berkata, “Allah semesta langit, Dialah yang akan membuat kami berhasil. Kami, para hamba-Nya, akan bangkit dan siap untuk membina semula. Tetapi kamu tidak mempunyai bahagian atau hak atau sesuatu pun yang akan membuat kamu diingat di Yerusalem.”


lalu berkata kepada raja, “Jika baik menurut raja dan jika tuanku berkenan kepada hambamu ini, utuslah hamba ke Tanah Yehuda, ke kota tempat pemakaman nenek moyang hamba, supaya hamba dapat membina semula kota itu.”


Raja bertitah kepadanya, “Apakah kemahuanmu, Ratu Ester? Apa-apa pun permintaanmu, sekalipun kamu mahu sampai separuh daripada kerajaan pun akan diberikan kepadamu.”


Ketika baginda minum air anggur, raja berkata kepada Ester, “Apakah permohonanmu? Pasti akan dikabulkan untukmu. Apakah permintaanmu? Meskipun sampai separuh daripada kerajaan ini pun akan dipenuhi.”


Berkatalah raja kepada Ester dalam jamuan air anggur pada hari kedua itu, “Apakah permohonanmu, wahai Ratu Ester? Pasti akan dikabulkan bagimu. Apakah permintaanmu? Meskipun sampai separuh daripada kerajaan ini pun akan dipenuhi.”


Bersyukurlah kepada Allah di syurga, kasih-Nya kekal selama-lamanya.


Ingatlah Dia dalam segala jalanmu, maka Dia akan meluruskan jalanmu.


Kata Yesus kepadanya, “Apa yang kamu mahu Kubuat untukmu?” Jawab orang itu, “Rabbi, aku ingin melihat.”


Ketua pasukan tentera memegang tangan pemuda itu dan membawanya ke tempat yang sunyi lalu bertanya, “Apa hal yang hendak kaukatakan kepadaku itu?”


Jangan bimbangkan apa pun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan