Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Kataku kepada raja, “Hidup raja selama-lamanya! Bagaimanakah muka hamba tidak murung sedangkan kota tempat pemakaman nenek moyang hamba telah rosak dan pintu-pintu gerbangnya hangus dijilat api?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 lalu menjawab, “Daulat tuanku! Mana mungkin hamba tidak bersedih, apabila kota tempat nenek moyang hamba dikuburkan sedang dalam keadaan reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 lalu menjawab, “Daulat tuanku! Mana mungkin hamba tidak bersedih, apabila kota tempat nenek moyang hamba dikuburkan sedang dalam keadaan reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:3
21 Iomraidhean Croise  

Maka Batsyeba pun membongkok dan sujud memberi hormat kepada raja. Katanya, “Hidup Tuanku Raja Daud untuk selama-lamanya!”


Pada hari ketujuh dalam bulan kelima tahun kesembilan belas zaman pemerintahan Nebukadnezar, raja Babel, datanglah Nebuzaradan, ketua pasukan pengawal, pegawai raja Babel ke Yerusalem.


Dia berumur tiga puluh dua tahun pada waktu menaiki takhta. Selama lapan tahun dia bertakhta di Yerusalem. Dia meninggal tanpa disukai orang dan dimakamkan di Kota Daud, tetapi bukan di permakaman diraja.


Lalu Ahas dibaringkan di sisi nenek moyangnya dan dia dimakamkan di dalam kota, di Yerusalem, tetapi jenazahnya tidak dibawa ke permakaman raja-raja Israel. Maka Hizkia, anaknya, menaiki takhta untuk menggantikannya.


Lalu Hizkia dibaringkan bersama nenek moyangnya dan dia dimakamkan di pendakian, di permakaman keturunan Daud. Pada masa kematiannya semua orang Yehuda dan penduduk Yerusalem memberikan penghormatan kepadanya. Maka Manasye, anaknya, menaiki takhta menggantikannya.


Mereka membakar Rumah Allah dan merobohkan tembok Yerusalem. Semua purinya dibakar habis dan segala alat kelengkapannya yang berharga dimusnahkan.


Kata mereka kepadaku, “Saki-baki orang yang masih tinggal di wilayah sana, yang terselamat setelah pembuangan berada dalam kesusahan besar dan dalam keadaan tercela. Apatah lagi, tembok Yerusalem telah dirobohkan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dijilat api.”


Pada waktu malam aku keluar melalui Pintu Gerbang Lembah ke arah Air Pancut Naga dan ke Pintu Gerbang Sampah. Aku memeriksa tembok-tembok Yerusalem yang roboh serta pintu-pintu gerbangnya yang hangus dijilat api.


Bagaimanakah mungkin hamba dapat melihat malapetaka yang akan menimpa bangsa hamba? Bagaimanakah dapat hamba melihat pembinasaan sanak saudara hamba?”


Kerana hamba-hamba-Mu menghargai batu-batunya; dan berasa kasihan akan debunya.


Maka bangsa-bangsa akan takut kepada nama TUHAN, dan raja-raja dunia gentar akan kemuliaan-Mu.


Jika aku tidak ingat kepadamu, biarlah lidahku melekat ke langit-langitku, jika aku tidak meninggikan Yerusalem di atas kebahagiaanku yang utama.


Kerana pinggangku penuh radang; dan seluruh tubuhku sakit.


Dalam tahun kesembilan belas zaman pemerintahan Raja Nebukadnezar, raja Babel, tepatnya pada hari kesepuluh dalam bulan kelima, datanglah Nebuzaradan, kepala pasukan pengawal yang melayani raja Babel, ke Yerusalem.


Pintu-pintu gerbangnya terbenam di dalam bumi, dirobohkan-Nya juga palang-palang pintunya. Raja berserta para penguasanya terbuang antara bangsa-bangsa. Hukum Taurat tidak diajarkan lagi, bahkan para nabinya tidak lagi menerima wahyu daripada TUHAN.


Kata orang Kasdim kepada raja dalam bahasa Aram, “Dirgahayu Raja! Ceritakanlah mimpi itu kepada hambamu ini, maka kami akan memberitahukan tafsirannya.”


Mereka berkata kepada Raja Nebukadnezar, “Dirgahayu Raja!


Mendengar perkataan raja dan para pembesarnya, datanglah permaisuri ke tempat perjamuan. Kata permaisuri, “Dirgahayu Raja! Janganlah tuanku resah oleh fikiran tuanku dan janganlah wajah tuanku pucat.


Pada waktu itu Daniel berbicara kepada raja, “Semoga Raja hidup selama-lamanya!


Maka dua orang penyelia dan para wakil raja itu datang bersama-sama menghadap Raja dan berkata demikian, “Semoga Raja Darius hidup selama-lamanya!


Kota-kota rayamu akan Kujadikan reruntuhan dan tempat-tempat sucimu akan Kubinasakan. Aku tidak mahu lagi menghidu keharuman persembahanmu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan