Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:20 - Alkitab Versi Borneo

20 Aku menjawab mereka dengan berkata, “Allah semesta langit, Dialah yang akan membuat kami berhasil. Kami, para hamba-Nya, akan bangkit dan siap untuk membina semula. Tetapi kamu tidak mempunyai bahagian atau hak atau sesuatu pun yang akan membuat kamu diingat di Yerusalem.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

20 Aku menjawab, “Allah penguasa di syurga akan memberi kami kejayaan. Kami ini hamba-hamba-Nya, dan kami akan memulakan pembinaan. Tetapi kamu tidak mempunyai hak atau milik apa-apa pun di Yerusalem. Bahkan apabila orang bercakap tentang Yerusalem, nama kamu tidak akan disebut-sebut.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

20 Aku menjawab, “Allah penguasa di syurga akan memberi kami kejayaan. Kami ini hamba-hamba-Nya, dan kami akan memulakan pembinaan. Tetapi kamu tidak mempunyai hak atau milik apa-apa pun di Yerusalem. Bahkan apabila orang bercakap tentang Yerusalem, nama kamu tidak akan disebut-sebut.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:20
21 Iomraidhean Croise  

Dia mencari Allah selama Zakharia hidup — Zakharia yang memahami penglihatan daripada Allah mengajarnya supaya takut akan Allah — dan selama dia mencari TUHAN, Allah membuat hidupnya berjaya.


Tetapi Zerubabel, Yesua, dan para ketua kaum keluarga Israel yang lain berkata kepada mereka, “Kamu tidak ada kena-mengena dengan kami dalam urusan pembinaan bait bagi Allah kami. Kami sendirilah yang akan membinanya bagi TUHAN, Allah Israel, sebagaimana yang diperintahkan kepada kami oleh Kores, raja Parsi itu.


Sebaik sahaja mendengar perkataan itu, duduklah aku lantas menangis dan berkabung selama beberapa hari. Aku berpuasa dan berdoa di hadapan Allah semesta langit,


Tanya raja kepadaku, “Apakah yang ingin kamu minta?” Aku berdoa kepada Allah semesta langit


“Semua pegawai raja dan rakyat di wilayah-wilayah kerajaan tahu bahawa hukuman mati ialah satu-satunya peraturan bagi setiap laki-laki atau perempuan yang masuk menghadap raja di laman dalam, tanpa dipanggil. Hanya jika raja menghulurkan cokmar emas kepadanya, barulah dia dapat tetap hidup. Tetapi sudah selama tiga puluh hari, aku belum juga dipanggil masuk menghadap raja.”


Dia akan menimbangkan doa orang papa; dan tidak akan menghina permohonan mereka.


Berdoalah untuk kesejahteraan Yerusalem: “Semoga makmur mereka yang mengasihimu.


Kami akan bersukacita dengan penyelamatanmu dan mengibarkan bendera merayakannya dengan nama Allah kita. Semoga TUHAN mengabulkan segala rayuanmu.


Gembirakan hati sehingga bersorak girang mereka yang menyokong perjuanganku yang benar; biar mereka berkata setiap waktu, “Muliakan TUHAN, yang meredai kejayaan hamba-Nya.”


Limpahkanlah rahmat-Mu kepada Sion, ya Allah; binalah tembok-tembok Yerusalem.


Maka Harun yang masuk ke dalam Tempat Suci itu akan membawa nama anak-anak Israel tepat di depan jantungnya, iaitu pada penutup dada yang digunakan untuk mengemukakan keputusan hukum, hingga menjadi peringatan yang tetap di hadapan TUHAN.


Baik jika kamu berpegang kepada satu nasihat ini dan tidak melepaskan yang satu lagi kerana yang takut kepada Allah akan maju daripada kedua-duanya.


kepada mereka akan Kukurniakan dalam bait-Ku dan dalam pagar tembok-Ku suatu tanda pengingat dan suatu nama — itu lebih baik daripada anak-anak lelaki dan perempuan. Aku akan mengurniai mereka nama abadi yang tidak akan lenyap.


Hendaklah dia membawa persembahan itu kepada anak-anak Harun, para imam itu dan para imam hendaklah mengambil segenggam penuh tepung itu berserta minyak dan seluruh kemenyannya sebagai bahagian peringatan lalu membakarnya hingga berasap sebagai korban bakaran, suatu korban yang keharumannya diredai TUHAN.


Letakkan kemenyan murni di atas setiap baris sebagai bahagian peringatan bagi roti itu, iaitu sebuah korban bakaran untuk TUHAN.


Mahkota itu akan menjadi tanda pengingatan di dalam Bait Suci TUHAN bagi Helem, Tobia, Yedaya, dan Hen anak Zefanya.


Demikian pula pada masa kamu bersuka ria, iaitu pada hari-hari rayamu dan pada awal-awal bulan, tiuplah nafiri dengan diiringi persembahan korban bakaranmu dan korban kedamaianmu, maka kamu akan diingati di hadapan Allahmu. Akulah TUHAN, Allahmu.”


Dia berkata, ‘Hai Kornelius! Segala doa dan sedekahmu telah diredai Allah.


Dia merenung dengan ketakutan sambil bertanya, “Ya Tuan, ada apa Tuan?” Malaikat itu berkata, “Segala doa dan sedekahmu telah diredai Allah.


Kamu tidak ada bahagian dalam pekerjaan kami, kerana hatimu tidak ikhlas di mata Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan