Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:19 - Alkitab Versi Borneo

19 Tetapi ketika Sanbalat, orang Horon, juga Tobia, orang Amon, si pegawai itu, dan orang Arab itu iaitu Gesyem, mendengar hal itu, mereka mengolok-olokkan dan menghina kami. Kata mereka, “Apakah yang kamu lakukan itu? Adakah kamu mahu memberontak menentang raja?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

19 Apabila Sanbalat, Tobia, dan seorang Arab yang bernama Gesyem mengetahui cadangan kami itu, mereka mentertawakan kami dan berkata, “Apa yang hendak kamu lakukan? Adakah kamu hendak memberontak terhadap raja?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

19 Apabila Sanbalat, Tobia, dan seorang Arab yang bernama Gesyem mengetahui cadangan kami itu, mereka mentertawakan kami dan berkata, “Apa yang hendak kamu lakukan? Adakah kamu hendak memberontak terhadap raja?”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:19
22 Iomraidhean Croise  

Salah seorang anak Imam Besar Yoyada anak Elyasib menjadi menantu Sanbalat, si bani Horon itu. Lantas kuusir dia dari hadapanku.


Ketika hal itu didengar oleh Sanbalat, orang Horon, dan Tobia, seorang pegawai bangsa Amon, bahawa ada orang yang datang untuk mengusahakan agar orang Israel beroleh kesejahteraan, mereka sangat tidak suka.


Begitu terganggu dan teramat marahlah Sanbalat apabila didengarnya bahawa kami sedang membina semula tembok itu lalu dia mengolok-olokkan orang Yahudi.


yang di dalamnya tertulis demikian: “Tersiar khabar di antara bangsa-bangsa — Gesyem juga mengatakan hal yang sama — bahawa engkau dan orang Yahudi bermaksud memberontak. Itulah sebabnya engkau membina semula tembok itu. Menurut khabar itu, engkau hendak menjadi raja mereka,


Memang mereka semua sengaja berusaha menakut-nakutkan kami dengan berfikir, “Mereka akan patah semangat dalam pekerjaan itu sehingga tidak dapat menyelesaikannya.” Tetapi sekarang, kuatkanlah semangatku, ya Allah.


“Tetapi sekarang aku ditertawakan mereka yang lebih muda daripadaku, yang sepatutnya ayah-ayah mereka kupandang terlalu hina untuk ditempatkan bersama dengan anjing penjaga kawanan dombaku.


Jiwa kami sebak kerana dicemuh oleh orang yang bongkak, dan dihina oleh orang yang sombong.


Kami telah menjadi bahan celaan negeri-negeri jiran, sasaran bagi cemuhan dan ejekan mereka yang di sekeliling kami.


Engkau telah membiarkan bangsa-bangsa di sekeliling memerangi kami, dan musuh kami tertawa sesama sendiri.


Pulihkan kami, ya Allah alam semesta; pancarkanlah sinar wajah-Mu, maka kami akan selamat.


Kaufikir rancangan rapi dan kekuatan untuk berperang memadai dengan kata-kata sahaja? Sekarang, siapakah yang kauandalkan sehingga engkau memberontak terhadap aku?


Setiap kali aku berbicara, aku harus berteriak. Aku berseru, “Kekerasan! Perompakan!” Kerana penyampaian firman TUHAN telah membuat aku dicela dan dicemuh sepanjang hari.


Lalu Ismael menawan seluruh sisa rakyat yang ada di Mizpa, iaitu puteri-puteri raja dan seluruh rakyat yang masih tinggal di Mizpa, yang diserahkan ke dalam pengawasan Gedalya anak Ahikam oleh Nebuzaradan, kepala pasukan pengawal. Ismael anak Netanya menawan mereka dan pergi menyeberang ke daerah bani Amon.


Dia berkata, “Keluarlah kamu semua! Anak ini bukan mati, cuma tidur.” Mereka mentertawakan Yesus.


Tetapi mereka mentertawakan Yesus. Setelah menyuruh mereka semua keluar, Yesus mengajak ibu bapa anak itu dan murid-murid-Nya masuk ke bilik tempat anak itu terbaring.


Mereka mula menuduh Dia, “Kami telah mendapati orang ini menyesatkan bangsa kami, menghasut orang supaya tidak membayar cukai kepada Kaisar dan mengaku diri-Nya Kristus, seorang raja!”


Selepas itu Pilatus cuba membebaskan-Nya, tetapi orang Yahudi berseru, “Jika kamu membebaskan orang ini, kamu bukanlah sahabat Kaisar; kerana sesiapa yang mengaku dirinya raja bercakap menentang Kaisar.”


Kami telah mendapati orang ini pengacau dan menimbulkan huru-hara dalam kalangan orang Yahudi di serata dunia. Dialah pemimpin mazhab ajaran orang Nazaret itu.


Setengah-setengahnya pula menghadapi dugaan dengan diejek, dipukul, dirantai dan dipenjarakan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan