Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:17 - Alkitab Versi Borneo

17 Aku berkata kepada mereka, “Kamu lihat kesusahan yang kita alami, bagaimana Yerusalem rosak dan pintu-pintu gerbangnya hangus dijilat api. Mari kita bina semula tembok Yerusalem supaya kita tidak lagi menjadi bahan cacian.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

17 Tetapi kemudian aku berkata kepada mereka, “Lihatlah keadaan kita yang sengsara ini! Kota Yerusalem tinggal reruntuhan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api. Marilah kita bina semula tembok kota supaya kita tidak dihina lagi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

17 Tetapi kemudian aku berkata kepada mereka, “Lihatlah keadaan kita yang sengsara ini! Kota Yerusalem tinggal reruntuhan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dimakan api. Marilah kita bina semula tembok kota supaya kita tidak dihina lagi.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:17
23 Iomraidhean Croise  

Sememangnya kami hamba, namun kami tidak ditinggalkan oleh Allah kami. Ditunjukkan-Nya kasih abadi kepada kami di hadapan raja-raja Parsi sehingga kami diberi kelegaan untuk menegakkan kembali puing-puingnya, dan kami diberi tembok pelindung di Tanah Yehuda serta di Yerusalem.


Kata mereka kepadaku, “Saki-baki orang yang masih tinggal di wilayah sana, yang terselamat setelah pembuangan berada dalam kesusahan besar dan dalam keadaan tercela. Apatah lagi, tembok Yerusalem telah dirobohkan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dijilat api.”


Pada waktu malam aku keluar melalui Pintu Gerbang Lembah ke arah Air Pancut Naga dan ke Pintu Gerbang Sampah. Aku memeriksa tembok-tembok Yerusalem yang roboh serta pintu-pintu gerbangnya yang hangus dijilat api.


Para pegawai tidak tahu ke mana aku pergi atau apa yang telah kulakukan. Sampai masa itu aku belum menguar-uarkan tugas itu kepada orang Yahudi, baik kepada imam, mahupun kepada bangsawan, pegawai, dan kalangan selebihnya yang kelak melaksanakan pekerjaan itu.


Salum anak Kolhoze, pemimpin wilayah Mizpa memperbaik Pintu Gerbang Air Pancut dan dia membinanya semula, membuat atapnya, dan memasang semua pintunya berserta segala pengancing dan palangnya. Dia juga membina tembok Kolam Selah berdekatan dengan taman raja sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.


Maka bangsa-bangsa akan takut kepada nama TUHAN, dan raja-raja dunia gentar akan kemuliaan-Mu.


Engkau menjadikan kami bahan ejekan jiran kami, penghinaan dan cemuhan semua orang sekeliling kami.


Engkau membuat kami buah mulut bangsa-bangsa; mereka menggeleng kepala mengumpat kami.


Dan balaskan tujuh kali ganda kepada bangsa-bangsa jiran kami yang telah mencela-Mu, ya Tuhan,


Kami telah menjadi bahan celaan negeri-negeri jiran, sasaran bagi cemuhan dan ejekan mereka yang di sekeliling kami.


Aku akan membuat mereka menjadi kengerian dan kesusahan bagi segala kerajaan di bumi, menjadi cela dan ibarat, menjadi sindiran dan kutukan di semua tempat Aku menghalau mereka.


Tuhan membinasakan semua tempat kediaman Yakub tanpa belas kasihan. Dalam kemurkaan-Nya, Dia meruntuhkan kubu-kubu puteri Yehuda. Kerajaan berserta para penguasanya diruntuhkan ke tanah dan diaibkan-Nya.


Mataku menyusahkan hatiku kerana melihat nasib semua anak perempuan kotaku.


Aku akan membuat engkau menjadi reruntuhan dan celaan dalam kalangan bangsa di sekelilingmu, di hadapan mata semua orang yang lalu-lalang.


Akan datang hari untuk membangunkan tembokmu! Pada hari itu perbatasanmu akan diperluas.


Tetapi Nahas, orang Amon itu, berkata kepada mereka, “Aku akan mengikat perjanjian dengan kamu dengan syarat bahawa setiap mata kananmu akan kucungkil; dengan demikian aku mengaibkan seluruh orang Israel.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan