Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:15 - Alkitab Versi Borneo

15 Jadi, pada malam itu naiklah aku dari lembah untuk memeriksa tembok itu. Kemudian aku kembali lagi, masuk melalui Pintu Gerbang Lembah, lalu pulang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

15 Oleh itu aku turun ke Lembah Kidron dan meneruskan perjalanan, sambil memeriksa tembok kota. Setelah itu aku kembali ke kota mengikut jalan yang sama, yang melalui Pintu Gerbang Lembah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

15 Oleh itu aku turun ke Lembah Kidron dan meneruskan perjalanan, sambil memeriksa tembok kota. Setelah itu aku kembali ke kota mengikut jalan yang sama, yang melalui Pintu Gerbang Lembah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:15
6 Iomraidhean Croise  

Seluruh penduduk negeri menangis dengan suara nyaring ketika seluruh rombongan itu berlalu. Raja dan seluruh rombongannya menyeberangi Sungai Kidron untuk menuju jalan ke gurun.


Uzia membina beberapa buah menara di Yerusalem, iaitu di atas Pintu Gerbang Sudut, di atas Pintu Gerbang Lembah, dan di atas Sudut, serta mengukuhkannya.


Para pegawai tidak tahu ke mana aku pergi atau apa yang telah kulakukan. Sampai masa itu aku belum menguar-uarkan tugas itu kepada orang Yahudi, baik kepada imam, mahupun kepada bangsawan, pegawai, dan kalangan selebihnya yang kelak melaksanakan pekerjaan itu.


Hanun dan penduduk Zanoah memperbaik Pintu Gerbang Lembah. Mereka membinanya semula dan memasang semua pintunya berserta segala pengancing dan palangnya. Mereka juga memperbaik tembok sepanjang seribu hasta sampai ke Pintu Gerbang Sampah.


Setelah berdoa demikian, Yesus pergi diiringi murid-murid-Nya ke seberang Sungai Kidron. Di sana ada sebuah taman. Yesus dan murid-murid-Nya masuk ke taman itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan