Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:14 - Alkitab Versi Borneo

14 Lalu aku berjalan terus ke Pintu Gerbang Air Pancut dan ke Kolam Raja, tetapi ruang laluannya tidak cukup bagi haiwan tungganganku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Kemudian dari sebelah timur kota itu aku menuju ke utara, ke Pintu Gerbang Mata Air dan ke Kolam Raja. Di situ tidak ada tempat untuk berjalan bagi keldai yang aku tunggangi kerana reruntuhan terlalu banyak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Kemudian dari sebelah timur kota itu aku menuju ke utara, ke Pintu Gerbang Mata Air dan ke Kolam Raja. Di situ tidak ada tempat untuk berjalan bagi keldai yang aku tunggangi kerana reruntuhan terlalu banyak.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:14
7 Iomraidhean Croise  

Kemudian raja Asyur mengutus Tartan, Rabsaris, dan Rabshakeh disertai suatu pasukan yang besar dari Lakhis untuk menemui Raja Hizkia di Yerusalem. Mereka pun berangkat lalu sampai di Yerusalem. Setelah sampai, mereka mengambil tempat dekat saluran kolam atas, iaitu di jalan raya menuju Padang Dobi.


Riwayat Hizkia yang selebihnya, segala kejayaannya, dan bagaimana dia membuat kolam serta saluran air dan mengalirkan air ke dalam kota, bukankah semuanya tertulis dalam kitab hikayat raja-raja Yehuda?


Hizkia jugalah yang membendung mata air Gihon di hulu dan mengalirkannya ke hilir, ke sebelah barat Kota Daud. Hizkia berhasil dalam segala pekerjaannya.


Di Pintu Gerbang Air Pancut mereka maju terus lalu menaiki tangga Kota Daud di tanjakan tembok, melalui bahagian atas istana Daud ke arah Pintu Gerbang Air di sebelah timur.


Salum anak Kolhoze, pemimpin wilayah Mizpa memperbaik Pintu Gerbang Air Pancut dan dia membinanya semula, membuat atapnya, dan memasang semua pintunya berserta segala pengancing dan palangnya. Dia juga membina tembok Kolam Selah berdekatan dengan taman raja sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud.


Di sampingnya Nehemia anak Azbuk, pemimpin separuh daripada daerah Bet-Zur, menjalankan kerja pembaikan sampai ke tempat di depan pemakaman Daud, ke kolam buatan, dan ke berek para kesateria.


aku menggali kolam-kolam air untuk mengairi hutan rimba iaitu tapak permulaan segala anak pokok.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan