Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 2:12 - Alkitab Versi Borneo

12 Setelah itu, aku bangun malam-malam dengan beberapa orang. Aku tidak memberitahu seorang pun rancangan apa yang ditaruh Allahku dalam hatiku untuk Yerusalem. Haiwan yang ada padaku hanyalah haiwan yang kutunggangi itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

12 aku tidak memberitahu sesiapa pun akan ilham Allah kepadaku tentang apa yang akan aku lakukan bagi kota Yerusalem. Kemudian, pada waktu tengah malam aku bangun dan keluar bersama-sama beberapa orang teman. Satu-satunya binatang yang aku bawa adalah keldai yang aku tunggangi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

12 aku tidak memberitahu sesiapa pun akan ilham Allah kepadaku tentang apa yang akan aku lakukan bagi kota Yerusalem. Kemudian, pada waktu tengah malam aku bangun dan keluar bersama-sama beberapa orang teman. Satu-satunya binatang yang aku bawa adalah keldai yang aku tunggangi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 2:12
20 Iomraidhean Croise  

Segala puji bagi TUHAN, Allah nenek moyang kita, yang telah meletakkan hal seperti ini dalam hati raja sehingga dia mahu mengembalikan keindahan Bait TUHAN di Yerusalem,


Kemudian sampailah aku di Yerusalem, lalu berada di situ selama tiga hari.


Pada waktu malam aku keluar melalui Pintu Gerbang Lembah ke arah Air Pancut Naga dan ke Pintu Gerbang Sampah. Aku memeriksa tembok-tembok Yerusalem yang roboh serta pintu-pintu gerbangnya yang hangus dijilat api.


Berdoalah untuk kesejahteraan Yerusalem: “Semoga makmur mereka yang mengasihimu.


Limpahkanlah rahmat-Mu kepada Sion, ya Allah; binalah tembok-tembok Yerusalem.


Orang bijaksana menyimpan pengetahuannya, tetapi hati orang yang bodoh menguar-uarkan kebodohannya.


ada waktu untuk mengoyak, ada waktu untuk menjahit; ada waktu untuk berdiam diri, ada waktu untuk bercakap;


“Inilah perjanjian yang akan Kubuat dengan keturunan kaum Israel selepas zaman itu,” TUHAN berfirman, “Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam fikiran mereka dan menuliskannya dalam hati mereka. Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku.


Aku akan mengikat perjanjian yang kekal dengan mereka, bahawa Aku tidak akan berhenti berbuat baik kepada mereka. Aku akan menaruh dalam hati mereka ketakwaan kepada-Ku supaya mereka tidak menjauh daripada-Ku.


Oleh sebab itu orang yang bijak akan berdiam diri pada waktu itu, kerana waktu itu waktu jahat.


Janganlah percaya kepada jiran, janganlah menaruh keyakinan kepada para sahabat. Jagalah pintu mulutmu terhadap perempuan yang berbaring di pangkuanmu.


“Dengarlah, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala. Hendaklah kamu bijak seperti ular dan tulus seperti merpati.


Yusuf pun bangun. Pada malam itu juga dia membawa Anak itu dan ibu-Nya ke Mesir.


Segala puji dan syukur kepada Allah kerana telah meletakkan ke dalam hati Titus keprihatinan yang sama terhadapmu.


Setelah bergerak maju dari Gilgal semalam-malaman, Yosua mendatangi mereka secara tiba-tiba.


Allah telah menggerakkan hati mereka untuk menunaikan kehendak-Nya, supaya sepakat dan menyerahkan kerajaan mereka kepada binatang itu hingga berlaku segala firman Allah.


Gideon membawa sepuluh orang hamba lelakinya dan melakukan seperti yang TUHAN firmankan kepadanya. Tetapi kerana takut kepada kaum keluarganya dan kepada orang kota itu, kerja itu dilakukannya pada malam hari.


Jadi bersegeralah dan berangkatlah engkau dengan semua orang bersama-sama engkau pada waktu malam, dan tunggulah di padang untuk bertindak.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan