Nehemia 2:10 - Alkitab Versi Borneo10 Ketika hal itu didengar oleh Sanbalat, orang Horon, dan Tobia, seorang pegawai bangsa Amon, bahawa ada orang yang datang untuk mengusahakan agar orang Israel beroleh kesejahteraan, mereka sangat tidak suka. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)10 Tetapi Sanbalat, orang dari kota Bet-Horon, dan Tobia, pegawai dari wilayah Amon, mendengar bahawa ada orang yang datang untuk menolong umat Israel. Oleh itu mereka sangat marah. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik10 Tetapi Sanbalat, orang dari kota Bet-Horon, dan Tobia, pegawai dari wilayah Amon, mendengar bahawa ada orang yang datang untuk menolong umat Israel. Oleh itu mereka sangat marah. Faic an caibideil |
Mordekhai, orang Yahudi itu, menjadi orang kedua di bawah Raja Ahasyweros. Dialah yang berpangkat tertinggi antara orang Yahudi dan dipandang tinggi serta dikagumi oleh ramai sekali warga sebangsa dengannya atas ikhtiarnya membawa kebaikan kepada bangsanya dan mengetengahkan fasal peri pentingnya kesejahteraan kesemua anak cucu keturunannya.
Lalu Ismael menawan seluruh sisa rakyat yang ada di Mizpa, iaitu puteri-puteri raja dan seluruh rakyat yang masih tinggal di Mizpa, yang diserahkan ke dalam pengawasan Gedalya anak Ahikam oleh Nebuzaradan, kepala pasukan pengawal. Ismael anak Netanya menawan mereka dan pergi menyeberang ke daerah bani Amon.