Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:5 - Alkitab Versi Borneo

5 Disediakannya sebuah bilik yang besar untuk Tobia, padahal bilik itu sebelumnya tempat penyimpanan bagi persembahan bahan makanan, kemenyan, segala wadah berserta persembahan sepersepuluh berupa gandum, air anggur, juga minyak yang ditetapkan bagi bani Lewi, para penyanyi serta penjaga pintu gerbang. Persembahan khusus bagi para imam pun ditempatkan di dalam bilik itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 Elyasib membenarkan Tobia menggunakan satu bilik besar, yang sebenarnya dikhaskan untuk menyimpan persembahan biji-bijian dan kemenyan, peralatan yang digunakan di Rumah TUHAN, persembahan untuk para imam, persembahan persepuluhan daripada biji-bijian, wain, dan minyak zaitun untuk orang Lewi, para pemuzik di Rumah TUHAN, dan para pengawal Rumah TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 Elyasib membenarkan Tobia menggunakan satu bilik besar, yang sebenarnya dikhaskan untuk menyimpan persembahan biji-bijian dan kemenyan, peralatan yang digunakan di Rumah TUHAN, persembahan untuk para imam, persembahan persepuluhan daripada biji-bijian, wain, dan minyak zaitun untuk orang Lewi, para pemuzik di Rumah TUHAN, dan para pengawal Rumah TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:5
9 Iomraidhean Croise  

Hizkia pun memerintah agar disediakan bilik-bilik di dalam Bait TUHAN. Setelah bilik-bilik itu disediakan,


Mereka menyerahkan wang itu kepada tukang kayu dan tukang bangunan, yang akan membeli batu pahat dan juga kayu untuk penyepit-penyepit serta rasuk-rasuk pada bangunan-bangunan yang dibiarkan rosak oleh raja-raja Yehuda.


Anak sulung kami dan anak sulung ternakan kami, iaitu anak sulung kawanan lembu dan kawanan domba kami, seperti tertulis dalam Kitab Suci Taurat, akan kami bawa ke Bait Allah kami, kepada para imam yang menyelenggarakan ibadat di Bait Allah kami.


Tepung barli hasil pertama kami, persembahan khusus kami, buah segala pokok, air anggur, dan minyak akan kami bawa kepada para imam, ke bilik-bilik di Bait Allah kami. Sepersepuluh daripada hasil tanah kami akan kami bawa kepada bani Lewi, kerana bani Lewilah yang memungut persembahan sepersepuluh di segala kota pertanian kami.


Seorang imam keturunan Harun akan menyertai orang Lewi ketika mereka memungut persembahan daripada sepersepuluh. Kemudian orang Lewi itu harus membawa sepersepuluh dari persembahan sepersepuluh itu ke Bait Allah kami, ke bilik-bilik rumah perbendaharaan.


Pada hari itu beberapa orang diangkat untuk mengawasi bilik-bilik perbendaharaan, tempat menyimpan persembahan khusus, hasil pertama, dan persembahan sepersepuluh. Maksudnya ialah supaya sumbangan yang menurut hukum Taurat menjadi bahagian para imam dan bani Lewi dapat dikumpulkan dalam bilik-bilik itu dari ladang-ladang di setiap kota. Orang Yehuda memang bersukacita kerana para imam dan bani Lewi yang bertugas itu.


untuk kembali ke Yerusalem. Kemudian barulah kuketahui kemungkaran yang dilakukan Elyasib demi Tobia, iaitu menyediakan sebuah bilik baginya di laman luar Rumah Allah.


Berdekatan dengan tiang-tiang tembok pintu gerbang itu ada sebuah bilik berpintu. Di sanalah korban bakaran dibasuh.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan