31 Kutetapkan juga cara penyediaan persembahan kayu api pada waktu-waktu tertentu dan juga persembahan hasil-hasil pertama. Ya Allahku, ingatlah aku demi kesejahteraanku.
31 Aku mengatur masa tertentu bagi orang membawa kayu api untuk membakar korban, dan masa bagi orang membawa persembahan mereka, iaitu hasil biji-bijian dan buah-buahan yang mula-mula masak. Ya Allah, ingatlah akan semua hal ini, dan berkatilah aku.

Kami, iaitu para imam, bani Lewi, dan rakyat, akan mencabut undi mengenai persembahan kayu api yang harus dibawa ke Bait Allah kami oleh setiap kaum keluarga kami pada waktu-waktu tertentu, tahun demi tahun. Kayu api itu harus dibakar di atas tempat pembakaran korban TUHAN, Allah kami, seperti yang tertulis dalam Kitab Suci Taurat.
Seorang imam keturunan Harun akan menyertai orang Lewi ketika mereka memungut persembahan daripada sepersepuluh. Kemudian orang Lewi itu harus membawa sepersepuluh dari persembahan sepersepuluh itu ke Bait Allah kami, ke bilik-bilik rumah perbendaharaan.
Ya Allahku, ingatlah aku kerana hal ini. Janganlah hapuskan segala perbuatan baik yang telah kulakukan demi bait Allahku dan segala kewajipan di dalamnya.
Kemudian kusuruh bani Lewi menyucikan diri lalu pergi menjaga pintu-pintu gerbang supaya hari Sabat disucikan. Ya Allahku, ingatlah aku kerana hal ini juga. Sayangilah aku menurut kasih abadi-Mu yang berlimpah ruah.