Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Apabila rakyat mendengar hukum Taurat itu, mereka memisahkan semua orang peranakan daripada kalangan orang Israel.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Apabila umat Israel mendengar bahagian Taurat itu dibacakan, mereka memisahkan semua orang bangsa asing daripada masyarakat mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Apabila umat Israel mendengar bahagian Taurat itu dibacakan, mereka memisahkan semua orang bangsa asing daripada masyarakat mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:3
12 Iomraidhean Croise  

Maka sekarang, buatlah pengakuan kepada TUHAN, Allah nenek moyangmu, dan lakukanlah apa yang menjadi kehendak-Nya. Pisahkanlah dirimu daripada bangsa-bangsa negeri ini dan daripada perempuan-perempuan asing.”


Warga orang Israel mengambil isteri daripada anak perempuan mereka itu bagi diri mereka dan bagi anak-anak mereka, sehingga benih yang suci sudah bercampur dengan bangsa-bangsa negeri ini. Bahkan para pemimpin dan para pegawailah yang lebih dahulu banyak melakukan kemungkaran ini.”


Rakyat selebihnya, iaitu para imam, bani Lewi, para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, para hamba Bait Allah, dan semua orang yang memisahkan diri daripada umat negeri itu demi mematuhi hukum Taurat Allah, berserta para isteri mereka, anak-anak mereka baik lelaki mahupun perempuan, dan semua orang yang dapat mengerti dan memahami hukum tersebut,


Orang Israel yang sejati mengasingkan diri daripada semua orang asing lalu berdiri mengakui dosa mereka dan kesalahan nenek moyang mereka.


Firman-Mu telah kusimpan baik-baik dalam hatiku supaya aku tidak berdosa terhadap-Mu.


Bagaimanakah seorang pemuda menyucikan jalannya? Dengan berhati-hati menurut firman-Mu.


Ada ramai juga daripada pelbagai bangsa yang ikut pergi bersama-sama, dan tentunya bersama dengan kawanan ternakan yang sangat besar jumlahnya, baik kawanan domba mahupun kawanan lembu.


Kerana perintah itu pelita, dan ajaran itu cahaya, dan teguran yang mendidik adalah jalan kehidupan.


Maka pada suatu waktu, gerombolan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dalam kalangan mereka itu amat bernafsu untuk makan daging lalu menangislah orang Israel seraya berkata, “Kalaulah ada yang memberi kita daging untuk dimakan!


Oleh itu, tiada siapa pun akan diperbenar di mata Allah kerana mengamalkan hukum Taurat. Sebaliknya hukum Taurat hanya menyedarkan manusia bahawa mereka berdosa.


Allah Bapa berfirman bahawa ibadat yang murni dan tulen ialah: menolong anak yatim piatu dan balu yang menanggung kesusahan, serta menjaga diri daripada dicemari kejahatan dunia.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan