Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:26 - Alkitab Versi Borneo

26 Bukankah kerana hal itu Salomo, raja Israel, telah berdosa? Padahal antara banyak bangsa tidak ada raja sepertinya. Dia dikasihi Allahnya dan Allah mengangkatnya menjadi raja atas seluruh Israel. Namun demikian, dia terjerumus ke dalam dosa atas sebab para perempuan asing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

26 Aku berkata kepada mereka, “Perempuan bangsa asinglah yang sudah menyebabkan Raja Salomo berdosa. Raja Salomo lebih agung daripada raja-raja bangsa lain. Allah mengasihi baginda dan menjadikan baginda raja seluruh Israel. Walaupun begitu, baginda berdosa kerana bujukan perempuan bangsa asing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

26 Aku berkata kepada mereka, “Perempuan bangsa asinglah yang sudah menyebabkan Raja Salomo berdosa. Raja Salomo lebih agung daripada raja-raja bangsa lain. Allah mengasihi baginda dan menjadikan baginda raja seluruh Israel. Walaupun begitu, baginda berdosa kerana bujukan perempuan bangsa asing.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:26
10 Iomraidhean Croise  

Memang belum pernah ada orang seperti Ahab, yang menjual diri dengan melakukan apa yang jahat di mata TUHAN kerana dipujuk oleh Izebel, isterinya.


maka Aku mengabulkan apa yang kauminta itu. Sesungguhnya, Aku mengurniaimu hati yang bijak dan berpengertian, sehingga sebelum engkau tidak ada orang yang seperti engkau, dan setelah engkau pun tidak akan bangkit orang yang seperti engkau.


Selain itu, Kukurniaimu juga apa yang tidak kauminta, iaitu kekayaan dan kemuliaan, sehingga antara raja tidak akan ada seorang pun yang seperti engkau sepanjang umurmu.


Maka Salomo menjadi raja atas seluruh Israel.


maka kebijaksanaan dan pengetahuan itu dikurniakan kepadamu. Selain itu, Kukurniakan juga kepadamu kekayaan, harta benda, dan kemuliaan yang belum pernah dimiliki raja mana-mana pun sebelum engkau dan tidak akan dimiliki seorang pun sesudah engkau.”


Dari segi kekayaan dan kebijaksanaan, Raja Salomo melebihi semua raja di bumi.


jangan serahkan kekuatanmu kepada perempuan, dan jalan hidupmu kepada pembinasa para raja.


Dan aku mendapati bahawa yang lebih pahit daripada maut ialah perempuan yang hatinya bak perangkap dan jala serta tangannya seperti belenggu. Orang yang baik di mata Allah terhindar daripadanya, tetapi orang yang berdosa akan terjebak olehnya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan