Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:23 - Alkitab Versi Borneo

23 Pada waktu itu juga kulihat beberapa orang Yahudi telah memperisteri perempuan bangsa Asdod, Amon, dan Moab.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

23 Pada masa itu aku juga mendapati banyak orang lelaki Yahudi sudah berkahwin dengan perempuan bangsa Asdod, Amon, dan Moab.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

23 Pada masa itu aku juga mendapati banyak orang lelaki Yahudi sudah berkahwin dengan perempuan bangsa Asdod, Amon, dan Moab.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:23
16 Iomraidhean Croise  

Di samping puteri Firaun, Raja Salomo turut mencintai ramai perempuan asing, iaitu perempuan Moab, Amon, Edom, Sidon, dan Het.


Kemudian Imam Ezra berdiri dan berkata kepada mereka, “Kamu telah berbuat mungkar. Kamu telah memperisteri perempuan asing sehingga kesalahan orang Israel bertambah-tambah.


Mereka semua telah mengambil isteri daripada kalangan perempuan asing, dan sebahagian daripada isteri mereka itu telah memberi mereka anak.


Kami tidak akan memberi anak perempuan kami kepada bangsa-bangsa negeri ini dan kami tidak akan mengambil anak perempuan mereka untuk menjadi isteri para anak lelaki kami.


Jika bangsa-bangsa negeri ini membawa barang-barang atau sebarang bijirin untuk dijual pada hari Sabat, kami tidak akan membelinya daripada mereka pada hari Sabat atau pada bila-bila hari suci yang lain. Pada tahun ketujuh kami akan membiarkan begitu sahaja hasil tanah dan akan meluputkan setiap hutang.


Pada hari itu kitab Musa dibaca di hadapan umat yang mendengarkannya. Kemudian didapati tertulis di dalamnya bahawa tiada bani Amon atau bani Moab yang boleh masuk menyertai jemaah Allah untuk selama-lamanya,


Sesetengah anak mereka berbicara dalam bahasa Asdod. Mereka tidak boleh berbicara dalam bahasa Yehuda, hanya bahasa bangsa-bangsa tadi.


Haruskah kami mendengar bahawa kamu juga melakukan segala kejahatan yang besar itu dan berbuat mungkar terhadap Allah kita dengan memperisteri perempuan-perempuan asing?”


Namun begitu, apabila Sanbalat, Tobia, orang Arab, bani Amon, dan orang Asdod mendengar perihal kemajuan pesat kerja-kerja pembaikan tembok Yerusalem dan betapa lubang-lubangnya mulai tertutup, maka sangat marahlah mereka.


Maka patuhilah betul-betul apa yang Kuperintahkan kepadamu pada hari ini. Sesungguhnya, Aku akan mengusir orang Amori, orang Kanaan, orang Het, orang Feris, orang Hewi, dan orang Yebus dari hadapanmu.


Janganlah berpasangan dengan orang yang tidak beriman. Pasangan begitu tidak sepadan; kerana adakah persamaan antara yang benar dengan yang derhaka? Dapatkah terang bersatu dengan gelap?


Apabila TUHAN, Allahmu, membawa kamu ke negeri yang akan kaumasuki serta duduki, Dia akan mengusir banyak bangsa dari hadapanmu, iaitu orang Het, orang Girgasi, orang Amori, orang Kanaan, orang Feris, orang Hewi, dan orang Yebus iaitu tujuh jenis bangsa yang lebih besar dan lebih kuat daripada kamu.


Kedua-dua orang anak itu memperisteri perempuan bani Moab, masing-masing bernama Orpa dan Rut. Mereka tinggal di sana selama kira-kira sepuluh tahun.


Setelah merampas tabut Allah, orang Filistin pun membawanya dari Eben-Haezer ke Asdod.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan