Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:15 - Alkitab Versi Borneo

15 Pada waktu itu kulihat di Tanah Yehuda beberapa orang mengirik di tempat pemerasan anggur mereka pada hari Sabat, sementara beberapa orang mengumpulkan berkas gandum dan memuatnya di atas keldai, begitu juga air anggur, buah anggur, buah ara, dan pelbagai muatan. Semua itu dibawa mereka masuk ke Yerusalem pada hari Sabat. Aku memberikan amaran kepada mereka pada waktu mereka menjual semua bahan itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

15 Pada masa itu aku nampak penduduk Yehuda memeras buah anggur pada hari Sabat. Sebilangan orang lain memuat biji-bijian, wain, buah anggur, buah ara, dan barang-barang lain ke atas keldai mereka, lalu membawanya ke Yerusalem. Aku memberikan amaran kepada mereka supaya tidak menjual apa-apa pada hari Sabat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

15 Pada masa itu aku nampak penduduk Yehuda memeras buah anggur pada hari Sabat. Sebilangan orang lain memuat biji-bijian, wain, buah anggur, buah ara, dan barang-barang lain ke atas keldai mereka, lalu membawanya ke Yerusalem. Aku memberikan amaran kepada mereka supaya tidak menjual apa-apa pada hari Sabat.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:15
31 Iomraidhean Croise  

Bagaimanapun, TUHAN mengutus para nabi kepada mereka supaya mereka kembali kepada-Nya. Nabi-nabi itu mengingatkan mereka, tetapi mereka tidak mahu mendengar.


Jika bangsa-bangsa negeri ini membawa barang-barang atau sebarang bijirin untuk dijual pada hari Sabat, kami tidak akan membelinya daripada mereka pada hari Sabat atau pada bila-bila hari suci yang lain. Pada tahun ketujuh kami akan membiarkan begitu sahaja hasil tanah dan akan meluputkan setiap hutang.


Kami juga membuat ketentuan yang mengharuskan kami untuk menanggung biaya sepertiga syikal setiap tahun untuk ibadat di Bait Allah kami,


Demikian jugalah orang Tirus yang tinggal di situ membawa ikan dan segala jenis barang dagangan. Mereka menjualnya pada hari Sabat kepada bani Yehuda, malahan di Yerusalem juga.


Lalu aku mengingatkan mereka, kataku, “Mengapa kamu bermalam di depan tembok? Kalau kamu berbuat begitu sekali lagi, aku akan mengambil tindakan terhadap kamu.” Sejak masa itu mereka tidak datang lagi pada hari Sabat.


Engkau memperingatkan mereka agar mereka berbalik kepada hukum Taurat-Mu tetapi mereka bersikap angkuh dan tidak mahu mendengar segala perintah-Mu. Mereka berdosa menentang segala peraturan-Mu, padahal orang yang mentaatinya akan hidup kerananya. Mereka membalikkan diri tanda membangkang, mengeraskan hati dan enggan mendengar.


Dapatkah engkau percaya bahawa ia akan membawa pulang hasil tanahmu dan mengumpulkannya di tempat pembantinganmu?


“Dengarlah, wahai umat-Ku, Aku akan berfirman, Wahai Israel, Aku akan naik saksi tentang kesalahanmu: Akulah Allah, Allahmu.


TUHAN berfirman kepada Musa,


Oleh sebab itu orang Israel hendaklah memelihara hari Sabat dengan merayakannya turun-temurun sebagai suatu perjanjian yang berkekalan.


Hendaklah kamu bekerja selama enam hari, tetapi hendaklah kamu berhenti pada hari ketujuh, sekalipun pada musim membajak dan pada musim menuai.


Hendaklah kamu bekerja selama enam hari, tetapi hendaklah ada untuk kamu hari yang suci pada hari ketujuh, iaitu hari Sabat, hari istirahat penuh takzim yang dikhususkan untuk TUHAN. Sesiapa pun yang melakukan pekerjaan pada hari itu hendaklah dihukum mati.


Orang yang mengabaikan Hukum Taurat memuji orang durjana, tetapi orang yang berpegang teguh pada Hukum Taurat menentang mereka.


“Jika engkau tidak lagi menginjak-injak hari Sabat dan melakukan kehendakmu sendiri pada hari-Ku yang suci itu, jika engkau menyebut hari Sabat ‘hari kesenangan,’ hari suci TUHAN ‘hari mulia,’ dan jika engkau menghormatinya dengan tidak melakukan kegiatan-kegiatanmu sendiri atau mencari kesenanganmu sendiri serta berkata-kata semahumu,


Jika kamu bersungguh-sungguh mendengar Aku, demikianlah firman TUHAN, untuk tidak membawa barang melalui pintu-pintu gerbang kota ini pada hari Sabat, melainkan menjaga kesucian hari Sabat dengan tidak melakukan pekerjaan pada hari itu,


Tetapi jika kamu tidak mahu mendengar Aku untuk menjaga kesucian hari Sabat dan untuk tidak mengangkut masuk barang melalui pintu-pintu gerbang Yerusalem pada hari Sabat, maka Aku akan menyalakan api di pintu-pintu gerbangnya. Api itu akan melahap puri-puri Yerusalem tanpa dapat dipadamkan.’ ”


TUHAN telah berfirman mengenai kamu, wahai saki-baki orang Yehuda, ‘Jangan pergi ke Mesir!’ Camkanlah baik-baik bahawa aku telah mengingatkan kamu pada hari ini!


Namun demikian, keturunan kaum Israel menderhaka terhadap Aku di gurun. Mereka tidak hidup menurut ketetapan-ketetapan-Ku dan menolak peraturan-peraturan-Ku, padahal orang yang melakukan semua itu akan hidup. Mereka pun sangat mencemari hari-hari Sabat-Ku. Maka Aku berfirman bahawa Aku hendak mencurahkan murka-Ku ke atas mereka di gurun serta menghancurkan mereka.


dan yang berkata, “Bilakah tamatnya bulan baru ini supaya kita dapat menjual gandum, dan bilakah berakhirnya hari Sabat ini supaya kita dapat menjual gandum dengan mengecilkan efa, membesarkan syikal dan berbuat curang dengan neraca tipuan;


“Wahai umat-Ku, apakah yang telah Kulakukan kepadamu? Dengan apakah Aku telah melelahkan engkau? Jawablah Aku!


Petrus bersaksi dengan banyak perkataan lain lagi, dan menyeru mereka, “Selamatkanlah dirimu daripada angkatan yang ingkar ini.”


sambil memberikan kesaksian kepada orang Yahudi dan orang Yunani tentang pertaubatan kepada Allah dan iman akan Tuhan Yesus.


Dan aku bersaksi lagi kepada setiap orang yang bersunat, bahawa dia berhutang dan mesti mengerjakan seluruh hukum Taurat.


Oleh itu, aku berkata demikian dan bersaksi demi Tuhan, janganlah lagi kamu hidup seperti orang yang tidak mengenal Allah, menurut pemikiran yang sia-sia.


Jika kamu benar-benar melupakan TUHAN, Allahmu, lalu mengikuti tuhan-tuhan lain, beribadat kepada semua tuhan itu dan sujud menyembah kepadanya, maka pada hari ini aku mengingatkan kamu bahawa kamu pasti binasa.


Janganlah sesiapa berbuat salah kepada saudaranya atau memperdayanya dalam hal ini. Kami telah menyatakan ini kepadamu dahulu dan memberikan amaran keras bahawa Tuhan akan menimpakan pembalasan kepada orang yang melakukan kesalahan demikian.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan