Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:14 - Alkitab Versi Borneo

14 Ya Allahku, ingatlah aku kerana hal ini. Janganlah hapuskan segala perbuatan baik yang telah kulakukan demi bait Allahku dan segala kewajipan di dalamnya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

14 Ya Allah, ingatlah akan segala yang sudah aku lakukan untuk Rumah TUHAN dan ibadat di situ.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

14 Ya Allah, ingatlah akan segala yang sudah aku lakukan untuk Rumah TUHAN dan ibadat di situ.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:14
14 Iomraidhean Croise  

“Ya TUHAN, semoga Engkau ingat betapa aku telah hidup di hadapan-Mu dengan setia dan tulus hati, serta melakukan apa yang baik di mata-Mu.” Lalu Hizkia menangis tersedu-sedu.


Tambahan pula, kerana cintaku kepada bait Allahku, aku memberikan emas dan perak daripada harta benda aku sendiri bagi bait Allahku sebagai tambahan pada semua yang telah kusiapkan untuk Bait Suci itu:


Dia dikebumikan di Kota Daud bersama-sama para raja kerana dia telah berbuat baik di Israel terhadap Allah dan Bait-Nya.


Jika ada hal lain yang diperlukan untuk bait Allahmu dan yang pembayarannya menjadi tanggunganmu, bayarkanlah daripada perbendaharaan kerajaan.


Tambahan pula, dengan ini kami memberitahumu bahawa tidak boleh dikenakan cukai, ufti atau bea kepada sesiapa sahaja daripada para imam, bani Lewi, penyanyi, penjaga pintu gerbang, pelayan Bait Suci, dan pekerja Rumah Allah itu.


Segala puji bagi TUHAN, Allah nenek moyang kita, yang telah meletakkan hal seperti ini dalam hati raja sehingga dia mahu mengembalikan keindahan Bait TUHAN di Yerusalem,


Kemudian kusuruh bani Lewi menyucikan diri lalu pergi menjaga pintu-pintu gerbang supaya hari Sabat disucikan. Ya Allahku, ingatlah aku kerana hal ini juga. Sayangilah aku menurut kasih abadi-Mu yang berlimpah ruah.


Kutetapkan juga cara penyediaan persembahan kayu api pada waktu-waktu tertentu dan juga persembahan hasil-hasil pertama. Ya Allahku, ingatlah aku demi kesejahteraanku.


Ya Allahku, ingatlah aku demi kesejahteraanku, selaras dengan segala yang kulakukan demi bangsa ini.


katanya, “Ya TUHAN, semoga Engkau ingat betapa aku telah hidup di hadapan-Mu dengan setia dan tulus hati, serta melakukan apa yang baik di mata-Mu.” Lalu Hizkia menangis tersedu-sedu.


Allah sentiasa adil dan tidak akan melupakan kerja serta usaha kasih yang telah kamu tunjukkan untuk nama-Nya, iaitu kamu telah dan sedang melayan orang yang salih.


Kepada yang menang akan dapat berpakaian putih seperti itu dan Aku tidak akan memadamkan nama mereka dari Kitab Hidup. Aku akan mengakui mereka sebagai milik-Ku di hadirat Bapa-Ku dan di hadapan para malaikat-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan