Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 13:13 - Alkitab Versi Borneo

13 Aku mengangkat bendahara untuk mengawasi perbendaharaan, iaitu Imam Selemya dan Zadok, ahli Kitab Suci Taurat itu, serta Pedaya, seorang Lewi, sedangkan Hanan anak Zakur anak Matanya menjadi pembantu mereka kerana mereka itu dianggap sebagai boleh dipercayai dan mereka bertugas mengurus pembahagian untuk saudara-saudara mereka.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

13 Aku menugaskan semua orang yang berikut untuk menjaga stor-stor bekalan itu: Selemya, seorang imam; Zadok, seorang ahli Taurat; Pedaya, seorang Lewi. Hanan anak Zakur, cucu Matanya ialah pembantu mereka. Aku yakin bahawa mereka boleh dipercayai untuk membahagikan bahan-bahan itu kepada sesama pekerja dengan jujur.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

13 Aku menugaskan semua orang yang berikut untuk menjaga stor-stor bekalan itu: Selemya, seorang imam; Zadok, seorang ahli Taurat; Pedaya, seorang Lewi. Hanan anak Zakur, cucu Matanya ialah pembantu mereka. Aku yakin bahawa mereka boleh dipercayai untuk membahagikan bahan-bahan itu kepada sesama pekerja dengan jujur.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 13:13
20 Iomraidhean Croise  

Para imam penjaga pintu itu tidak mengadakan perhitungan dengan para pengawas yang diserahi wang untuk kemudian memberikannya kepada para pekerja, kerana para pengawas itu bekerja dengan jujur.


Sementara itu, wang korban penebus kesalahan dan wang persembahan penghapus dosa tidaklah dibawa ke dalam Bait TUHAN. Wang itu menjadi bahagian para imam.


Tidak usah diadakan perhitungan dengan para pengawas mengenai wang yang diserahkan kepada mereka, kerana mereka bekerja dengan jujur.”


Zakur, Serebya, Sebanya


Seorang imam keturunan Harun akan menyertai orang Lewi ketika mereka memungut persembahan daripada sepersepuluh. Kemudian orang Lewi itu harus membawa sepersepuluh dari persembahan sepersepuluh itu ke Bait Allah kami, ke bilik-bilik rumah perbendaharaan.


Penyelia bani Lewi di Yerusalem ialah Uzi anak Bani anak Hasabya anak Matanya anak Mikha. Dia berasal daripada bani Asaf, iaitu para penyanyi yang bertanggungjawab atas ibadat di Rumah Allah.


beberapa orang imam yang memegang nafiri; Zakharia anak Yonatan anak Semaya anak Matanya anak Mikha anak Zakur anak Asaf


Pada hari itu beberapa orang diangkat untuk mengawasi bilik-bilik perbendaharaan, tempat menyimpan persembahan khusus, hasil pertama, dan persembahan sepersepuluh. Maksudnya ialah supaya sumbangan yang menurut hukum Taurat menjadi bahagian para imam dan bani Lewi dapat dikumpulkan dalam bilik-bilik itu dari ladang-ladang di setiap kota. Orang Yehuda memang bersukacita kerana para imam dan bani Lewi yang bertugas itu.


Di sebelah Semaya, Hananya anak Selemya dan Hanun, anak lelaki keenam Zalaf, memperbaik bahagian yang lain. Di sisi mereka Mesulam anak Berekhya menjalankan kerja pembaikan berhadapan dengan biliknya.


Aku menugaskan Hanani, saudaraku, untuk mengawasi Yerusalem, bersama-sama Hananya, panglima puri. Hanani seorang takut kepada Allah yang boleh dipercayai melebihi ramai orang lain.


Ezra, ahli Kitab Suci Taurat itu, berdiri di atas mimbar kayu yang khusus dibuat untuk acara itu. Di sisi sebelah kanannya berdiri Matica, Sema, Anaya, Uria, Hilkia, dan Maaseya, sedangkan di sebelah kirinya berdiri Pedaya, Misael, Malkia, Hasum, Hasbadana, Zakharia, dan Mesulam.


Tuhan menjawab, “Siapakah hamba yang setia dan bijaksana? Dialah yang diamanahkan oleh tuannya untuk mengurus rumah tangganya dan memberikan makanan kepada hamba-hamba yang lain pada waktunya.


dan meletakkannya di kaki para rasul; lalu dibahagikanlah antara mereka menurut keperluan masing-masing.


Tidak berapa lama selepas itu, ketika murid Yesus kian meningkat bilangannya, timbullah aduan daripada orang Yahudi peranakan Yunani terhadap orang Yahudi Ibrani. Orang Yahudi peranakan Yunani berkata bahawa balu dalam kalangan mereka diabaikan dalam pengagihan bantuan harian.


Oleh itu, pilihlah tujuh orang dalam kalangan saudara yang mempunyai nama baik dan dipenuhi Roh Kudus serta kebijaksanaan, supaya kami tugaskan mereka mengendalikan hal itu.


Setelah dipertanggungjawabkan dengan amanah, hamba demikian itu wajib membuktikan bahawa dia dapat dipercayai.


Aku bersyukur kepada Kristus Yesus, Tuhan kita, yang telah menguatkanku, kerana Dia menganggapku setia, lalu memberiku tugas itu,


Tetapi mereka harus diuji terlebih dahulu dan jika didapati mereka tidak bercela, barulah dijadikan penolong jemaah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan