Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 12:44 - Alkitab Versi Borneo

44 Pada hari itu beberapa orang diangkat untuk mengawasi bilik-bilik perbendaharaan, tempat menyimpan persembahan khusus, hasil pertama, dan persembahan sepersepuluh. Maksudnya ialah supaya sumbangan yang menurut hukum Taurat menjadi bahagian para imam dan bani Lewi dapat dikumpulkan dalam bilik-bilik itu dari ladang-ladang di setiap kota. Orang Yehuda memang bersukacita kerana para imam dan bani Lewi yang bertugas itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

44 Pada masa itu, beberapa orang disuruh menjaga stor-stor bekalan di Rumah TUHAN. Bekalan itu termasuk persembahan persepuluhan dan biji-bijian serta buah-buahan yang mula-mula masak pada tiap-tiap tahun. Semua orang itu bertanggungjawab mengumpulkan sumbangan daripada peladang-peladang di sekitar kota untuk para imam dan orang Lewi, sebagaimana yang diperintahkan oleh Taurat. Segenap penduduk Yehuda menghargai para imam dan orang Lewi itu,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

44 Pada masa itu, beberapa orang disuruh menjaga stor-stor bekalan di Rumah TUHAN. Bekalan itu termasuk persembahan persepuluhan dan biji-bijian serta buah-buahan yang mula-mula masak pada tiap-tiap tahun. Semua orang itu bertanggungjawab mengumpulkan sumbangan daripada peladang-peladang di sekitar kota untuk para imam dan orang Lewi, sebagaimana yang diperintahkan oleh Taurat. Segenap penduduk Yehuda menghargai para imam dan orang Lewi itu,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 12:44
17 Iomraidhean Croise  

Tugas mereka adalah untuk membantu bani Harun dalam ibadat di Bait TUHAN, mengawasi pelataran dan bilik-bilik, menyucikan semua barang suci, dan melaksanakan ibadat di Rumah Allah.


Daripada kalangan bani Lewi: Ahia bertanggungjawab atas perbendaharaan Rumah Allah dan perbendaharaan barang-barang yang ditakdiskan.


kerana keempat-empat ketua penjaga pintu gerbang itu memegang jawatan tetap. Mereka itu orang Lewi dan menjadi penanggungjawab bagi bilik-bilik serta perbendaharaan Rumah Allah.


Anak sulung kami dan anak sulung ternakan kami, iaitu anak sulung kawanan lembu dan kawanan domba kami, seperti tertulis dalam Kitab Suci Taurat, akan kami bawa ke Bait Allah kami, kepada para imam yang menyelenggarakan ibadat di Bait Allah kami.


Berbahagialah orang yang mendengar kata-kataku, yang berjaga-jaga setiap hari di pintu gerbangku, dan yang menanti-nanti di pintu rumahku,


Tetapi mereka yang menanti-nantikan TUHAN akan mendapat kekuatan baru. Mereka akan terbang tinggi dengan sayap seperti burung rajawali. Mereka akan berlari dan tidak menjadi penat, mereka akan berjalan dan tidak menjadi lesu.


Hendaklah kamu menugaskan Harun dan anak-anaknya untuk menyandang jawatan imam. Hendaklah orang awam yang berani mendekati khemah itu dihukum mati.”


kalau untuk melayani, gunakanlah dalam pelayanan kita; jika untuk mengajar, gunakanlah dalam pengajaran.


Hendaklah mereka mendapat bahagian rezeki yang sama, di samping apa yang diterima mereka daripada hasil penjualan harta para leluhur mereka.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan