Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 12:30 - Alkitab Versi Borneo

30 Para imam dan bani Lewi menyucikan diri, lalu menyucikan rakyat, pintu-pintu gerbang, dan juga tembok itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

30 Para imam dan orang Lewi menjalankan upacara penyucian bagi diri mereka sendiri, kemudian bagi rakyat, dan juga bagi pintu-pintu gerbang dan tembok kota.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

30 Para imam dan orang Lewi menjalankan upacara penyucian bagi diri mereka sendiri, kemudian bagi rakyat, dan juga bagi pintu-pintu gerbang dan tembok kota.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 12:30
14 Iomraidhean Croise  

Lalu Yakub berkata kepada seisi rumahnya dan kepada semua orang yang menyertainya, “Buanglah kesemua tuhan berhala bangsa asing yang ada dalam simpananmu. Sucikanlah dirimu dan tukarlah pakaianmu.


Maka para imam dan bani Lewi pun menyucikan diri untuk mengangkut tabut TUHAN, Allah Israel.


Akan tetapi, jumlah imam terlalu sedikit, sehingga mereka tidak dapat menyiat kulit semua korban bakaran itu. Oleh sebab itu para saudara mereka, bani Lewi, membantu mereka sampai pekerjaan itu selesai dan sampai para imam menyucikan diri. Para bani Lewi memang lebih bersungguh-sungguh menyucikan diri daripada para imam.


Katanya kepada mereka, “Dengarlah, wahai bani Lewi! Sucikanlah dirimu sekarang, dan sucikanlah Bait TUHAN, Allah nenek moyangmu. Keluarkanlah segala hal yang cemar daripada Tempat Suci.


Orang Israel yang kembali daripada pembuangan memakan korban itu, demikian juga semua orang yang meninggalkan segala kenajisan penduduk di negeri itu dan bergabung dengan mereka untuk beribadat kepada TUHAN, Allah Israel.


dari Bet-Gilgal, dari padang Geba dan Azmawet. Para penyanyi itu memang telah membina perkampungan mereka di sekitar Yerusalem.


Kemudian kusuruh bani Lewi menyucikan diri lalu pergi menjaga pintu-pintu gerbang supaya hari Sabat disucikan. Ya Allahku, ingatlah aku kerana hal ini juga. Sayangilah aku menurut kasih abadi-Mu yang berlimpah ruah.


Demikianlah kusucikan mereka daripada semua yang asing dan kutetapkan tugas-tugas para imam serta bani Lewi dalam pekerjaan masing-masing.


Setelah berlalunya hari-hari jamuan itu, Ayub akan memanggil dan menyucikan mereka. Dia akan bangun pagi-pagi dan mempersembahkan korban bakaran menurut jumlah mereka semua, kerana fikir Ayub, “Jangan-jangan anak-anakku telah berdosa dan mengutuk Allah dalam hati mereka.” Demikianlah yang sentiasa dilakukan oleh Ayub.


Firman TUHAN kepada Musa, “Pergilah kepada umat itu. Sucikanlah mereka pada hari ini dan esok. Mereka harus mencuci pakaian mereka


Kata Musa kepada umat itu, “Bersiap sedialah menjelang hari ketiga. Jangan bersentuh dengan perempuan.”


Setiap imam besar daripada kalangan manusia dilantik untuk mewakili manusia dalam hal-hal yang berkaitan dengan Allah, supaya dia dapat memberikan persembahan dan korban untuk menghapuskan dosa.


Oleh itu, dia dikehendaki membuat persembahan bukan sahaja untuk menghapuskan dosa orang lain tetapi juga dosanya sendiri.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan