Nehemia 12:27 - Alkitab Versi Borneo27 Pada waktu perasmian dan pentahbisan tembok Yerusalem, bani Lewi dicari dari segala tempat tinggal mereka dan dibawa ke Yerusalem untuk mengadakan perasmian dan pentahbisan yang meriah dengan ucapan syukur dan dengan nyanyian diiringi ceracap, gambus, serta kecapi. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)27 Apabila tembok kota Yerusalem dirasmikan, orang Lewi dipanggil ke sana dari semua tempat tinggal mereka, supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam perasmian itu dengan menyanyikan lagu kesyukuran, diiringi muzik gambus dan kecapi. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik27 Apabila tembok kota Yerusalem dirasmikan, orang Lewi dipanggil ke sana dari semua tempat tinggal mereka, supaya mereka dapat mengambil bahagian dalam perasmian itu dengan menyanyikan lagu kesyukuran, diiringi muzik gambus dan kecapi. Faic an caibideil |
Para peniup nafiri dan penyanyi itu serentak memperdengarkan suara untuk memuji dan mengucap syukur kepada TUHAN. Dengan diiringi nafiri, ceracap, dan alat-alat muzik yang lain, para penyanyi mengangkat suara sambil memuji TUHAN, demikian, “Kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya!” Tiba-tiba awan memenuhi bait itu, iaitu Bait TUHAN,
Para imam berdiri menurut tugas masing-masing, begitu juga bani Lewi dengan alat-alat muzik untuk memuliakan TUHAN. Alat-alat itu dibuat oleh Raja Daud untuk mengucap syukur kepada TUHAN ketika dia memuji-muji Allah dengan iringan mereka, “Kerana kasih-Nya kekal selama-lamanya!” Para imam meniup nafiri di hadapan mereka, manakala semua orang Israel berdiri.
Bersuka rialah di hadapan TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, sebagai tempat untuk menegakkan nama-Nya, baik engkau, anak lelakimu, anak perempuanmu, hambamu yang lelaki, hambamu yang perempuan, bani Lewi yang ada di kotamu, pendatang, anak yatim, mahupun balu yang ada dalam kalangan kamu.
Kemudian hendaklah para pegawai yang memimpin pasukan berkata demikian kepada pasukan itu, ‘Siapakah yang baru selesai membina rumah tetapi belum mengadakan kesyukuran ke atasnya? Biarlah dia pulang ke rumahnya, supaya jangan dia mati dalam peperangan lalu orang lain yang mengadakan kesyukuran ke atas rumahnya.