Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 12:26 - Alkitab Versi Borneo

26 Mereka semua berkhidmat pada zaman Yoyakim anak Yesua anak Yozadak dan pada zaman pembesar Nehemia serta Imam Ezra, ahli Kitab Suci Taurat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

26 Semua orang itu hidup pada zaman Yoyakim anak Yesua, cucu Yozadak, dan pada zaman Gabenor Nehemia dan Imam Ezra, ahli Taurat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

26 Semua orang itu hidup pada zaman Yoyakim anak Yesua, cucu Yozadak, dan pada zaman Gabenor Nehemia dan Imam Ezra, ahli Taurat itu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 12:26
5 Iomraidhean Croise  

Dia menjadi penguasa atas semua raja, mulai Sungai Efrat sampai ke negeri orang Filistin dan sampai ke perbatasan Mesir.


Inilah salinan surat yang diberikan Raja Artahsasta kepada Imam Ezra, ahli Kitab Suci Taurat, ahli dalam hal ehwal perintah dan ketetapan TUHAN bagi orang Israel.


Ezra berangkat pulang dari Babel. Dia seorang ahli Kitab Suci, mahir dalam Kitab Suci Taurat yang diberikan TUHAN, Allah Israel, melalui Musa. Segala permintaannya diluluskan oleh raja kerana tangan TUHAN, Allahnya, menaunginya.


Pada bulan ketujuh orang Israel telah tinggal di kota masing-masing. Maka berkumpullah seluruh rakyat secara serentak di lapangan, di depan Pintu Gerbang Air. Mereka meminta Ezra, ahli Kitab Suci itu, membawa Kitab Suci Taurat yang telah disampaikan TUHAN melalui Musa kepada Israel.


Kemudian Nehemia, pembesar itu, dan Imam Ezra, ahli Kitab Suci Taurat itu, juga bani Lewi yang mengajar umat itu berkata kepada seluruh rakyat, “Hari ini suci bagi TUHAN, Allahmu. Jangan berdukacita atau menangis!” Seluruh rakyat memang menangis ketika mendengar perkataan hukum Taurat itu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan