Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 12:25 - Alkitab Versi Borneo

25 Matanya, Bakbukya, Obaja, Mesulam, Talmon, dan Akub ialah para penjaga pintu gerbang yang mengadakan penjagaan di gudang-gudang kelengkapan pada pintu-pintu gerbang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

25 Para pengawal Rumah TUHAN yang ditugaskan untuk mengawal stor-stor bekalan dekat pintu gerbang Rumah TUHAN ialah Matanya, Bakbukya, Obaja, Mesulam, Talmon, dan Akub.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

25 Para pengawal Rumah TUHAN yang ditugaskan untuk mengawal stor-stor bekalan dekat pintu gerbang Rumah TUHAN ialah Matanya, Bakbukya, Obaja, Mesulam, Talmon, dan Akub.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 12:25
10 Iomraidhean Croise  

Mereka pergi lalu berseru kepada para penjaga pintu gerbang kota dan memberitahukan demikian kepada orang itu, “Kami mendatangi perkhemahan orang Aram. Ternyata tidak ada orang di sana dan tidak terdengar suara manusia. Hanya ada kuda-kuda dan keldai-keldai tertambat, manakala khemah-khemah ditinggalkan begitu sahaja.”


Mereka berkewajipan mengurus Khemah Pertemuan, mengurus tempat suci, dan membantu bani Harun, saudara-saudara mereka, dalam peribadatan di Bait TUHAN.


Rombongan penjaga pintu gerbang yang dibahagikan menurut para ketuanya itu bertugas melayani dalam Bait TUHAN sama seperti para saudara mereka.


Hasil undian bagi Obed-Edom ialah pintu selatan, dan bagi anak-anaknya ialah gudang-gudang alat kelengkapan.


Setiap hari di sebelah timur ada enam bani Lewi, di sebelah utara ada empat orang, dan di sebelah selatan ada empat orang; sementara di setiap gudang kelengkapan ada dua orang.


Menurut peraturan Daud, ayahnya, dia menetapkan regu para imam untuk melaksanakan pekerjaan mereka, juga bani Lewi untuk bertugas memuji-muji Allah serta menyelenggarakan ibadat di hadapan para imam, sebagaimana wajib dilakukan setiap hari. Dia menetapkan regu penjaga pintu gerbang bagi setiap buah pintu gerbang, kerana demikianlah perintah Daud, hamba Allah itu.


Lalu pengintip itu berseru seperti singa, “Aku sentiasa berdiri, ya tuanku, di menara tinjau pada siang hari, dan aku ditempatkan di menara pengawal sepanjang malam!


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan