Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 12:24 - Alkitab Versi Borneo

24 Para ketua bani Lewi ialah Hasabya, Serebya, Yesua anak Kadmiel, dan saudara-saudara mereka yang berdiri berhadapan dengan mereka untuk memuji dan mengucap syukur menurut perintah Daud, hamba Allah itu, dengan satu angkatan selaras dengan angkatan satu lagi.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

24 Di bawah pengawasan Hasabya, Serebya, Yesua, Binui, dan Kadmiel, orang Lewi dibahagi menjadi beberapa kumpulan. Setiap kali, ada dua kumpulan yang bertugas memuji Allah dan memberikan syukur kepada-Nya secara berbalas-balasan, menurut peraturan yang diberikan oleh Raja Daud, hamba Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

24 Di bawah pengawasan Hasabya, Serebya, Yesua, Binui, dan Kadmiel, orang Lewi dibahagi menjadi beberapa kumpulan. Setiap kali, ada dua kumpulan yang bertugas memuji Allah dan memberikan syukur kepada-Nya secara berbalas-balasan, menurut peraturan yang diberikan oleh Raja Daud, hamba Allah.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 12:24
18 Iomraidhean Croise  

Kata perempuan itu kepada Elia, “Sekarang aku tahu bahawa engkau ini hamba Allah, dan firman TUHAN yang kaukatakan itu benar.”


Kemudian Daud mengangkat beberapa orang Lewi sebagai penyelenggara ibadat di hadapan tabut TUHAN. Mereka harus berzikir, mengucap syukur, dan memuji TUHAN, Allah Israel.


Menurut peraturan Daud, ayahnya, dia menetapkan regu para imam untuk melaksanakan pekerjaan mereka, juga bani Lewi untuk bertugas memuji-muji Allah serta menyelenggarakan ibadat di hadapan para imam, sebagaimana wajib dilakukan setiap hari. Dia menetapkan regu penjaga pintu gerbang bagi setiap buah pintu gerbang, kerana demikianlah perintah Daud, hamba Allah itu.


Orang Lewi: bani Yesua dan Kadmiel, daripada keturunan Hodawya, 74 orang.


Matanya anak Mikha anak Zabdi anak Asaf, pemimpin yang memulai ucapan syukur dalam doa; Bakbukya, penyelia kedua antara saudaranya; dan Abda anak Samua anak Galal anak Yedutun.


Para ketua kaum keluarga bani Lewi dicatat dalam kitab hikayat sampai zaman Yohanan anak Elyasib.


dan saudara-saudaranya, iaitu Semaya, Azareel, Milalai, Gilalai, Maai, Netaneel, Yehuda, dan Hanani, lengkap dengan alat-alat muzik Daud, hamba Allah itu. Sementara itu, Ezra, ahli Kitab Suci Taurat itu, berjalan di depan mereka.


Sejumlah bani Lewi, iaitu Yesua, Bani, Serebya, Yamin, Akub, Sabetai, Hodia, Maaseya, Kelita, Azarya, Yozabad, Hanan, dan Pelaya menolong umat untuk memahami hukum Taurat sementara umat berdiri di tempat masing-masing.


Lalu dari atas mimbar bani Lewi berdirilah Yesua, Bani, Kadmiel, Sebanya, Buni, Serebya, Bani, dan Kenani lalu berseru dengan suara yang nyaring kepada TUHAN, Allah mereka.


Inilah ucapan berkat yang disampaikan Musa, hamba Allah itu, kepada orang Israel sebelum kematiannya.


Tetapi kamu, wahai hamba Allah, jauhilah segala ini. Amalkanlah perbenaran, kesalihan, iman, kasih, kesabaran dan sikap lemah lembut.


Dengan demikian, tiap-tiap orang yang mengabdikan diri kepada Allah akan dilengkapi sepenuhnya untuk melakukan segala kerja yang baik.


Bani Yehuda datang menghadap Yosua di Gilgal. Pada waktu itu Kaleb anak Yefune, orang Kenas itu, berkata kepadanya, “Engkau tahu firman yang disampaikan TUHAN kepada Musa, hamba Allah itu, mengenai aku dan mengenai engkau di Kadesh-Barnea.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan