Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 12:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Inilah para imam dan bani Lewi yang pulang bersama-sama Zerubabel anak Sealtiel serta Yesua: Seraya, Yeremia, Ezra,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Inilah senarai nama para imam dan orang Lewi yang pulang dari pembuangan bersama-sama Zerubabel anak Sealtiel dan Imam Agung Yesua:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Inilah senarai nama para imam dan orang Lewi yang pulang dari pembuangan bersama-sama Zerubabel anak Sealtiel dan Imam Agung Yesua:

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 12:1
22 Iomraidhean Croise  

Yesua anak Yozadak berserta para saudaranya, para imam itu, dan Zerubabel anak Sealtiel berserta para saudaranya, segera mendirikan mazbah Allah Israel untuk mempersembahkan korban bakaran di atasnya, sebagaimana yang tertulis dalam Kitab Suci Taurat yang disampaikan Allah melalui Musa, hamba Allah itu.


Pada tahun kedua setelah mereka sampai di Rumah Allah di Yerusalem, tepatnya dalam bulan kedua, Zerubabel anak Sealtiel dan Yesua anak Yozadak berserta saudara-saudara mereka yang selebihnya, iaitu imam, bani Lewi, dan semua orang yang pulang dari tempat penawanan ke Yerusalem, memulai pekerjaan itu. Mereka menugaskan bani Lewi yang berumur dua puluh tahun ke atas untuk mengawasi pekerjaan di Bait TUHAN.


mereka pun mendekati Zerubabel dan ketua kaum keluarga lalu berkata, “Biarlah kami turut serta dalam kerja-kerja pembinaan itu bersama-sama kamu, kerana kami juga beribadat kepada Allahmu sama seperti kamu. Kami juga telah mempersembahkan korban kepada-Nya sejak zaman Esarhadon, raja Asyur yang membawa kami ke sini.”


Lalu bangkitlah Zerubabel anak Sealtiel dan Yesua anak Yozadak untuk memulakan pembinaan semula Rumah Allah di Yerusalem. Mereka disertai dan disokong oleh kedua-dua orang nabi Allah itu.


Pada tahun ketujuh zaman pemerintahan Raja Artahsasta, serombongan orang daripada orang Israel, imam dan bani Lewi, penyanyi, penjaga pintu gerbang, serta hamba Bait Allah juga berangkat pulang menuju Yerusalem.


Ada beberapa kumpulan bani Lewi dari Yehuda yang menetap di daerah orang Benyamin.


Yesua mempunyai anak, iaitu Yoyakim, kemudian turun-temurunnya ialah Elyasib, Yoyada,


Amarya, Malukh, Hatus,


Mereka datang bersama-sama Zerubabel, Yesua, Nehemia, Azarya, Raamya, Nahamani, Mordekhai, Bilsan, Misperet, Bigwai, Nehum, dan Baana. Bilangan warga Israel itu ialah:


Pada hari pertama bulan keenam dalam tahun kedua pemerintahan Raja Darius, datanglah firman TUHAN menerusi Nabi Hagai sebagai perantaraan kepada pembesar negeri Yehuda iaitu Zerubabel anak Sealtiel, dan kepada imam besar iaitu Yosua anak Yozadak seperti begini:


Lalu Zerubabel anak Sealtiel dan Yosua anak Yozadak, imam besar, dan semua saki-baki umat bangsa itu mematuhi seruan TUHAN, Allah mereka, dan juga perkhabaran Nabi Hagai, sebagaimana beliau diutus serta diperintahkan oleh TUHAN, Allah mereka; dan bangsa itu pun takut kepada TUHAN.


Lalu TUHAN mendorong semangat pembesar Yehuda iaitu Zerubabel anak Sealtiel, dan imam besar iaitu Yosua anak Yozadak, dan semangat seluruh saki-baki umat bangsa itu. Seterusnya mereka pun pergi untuk bekerja menyempurnakan Bait TUHAN alam semesta, Allah mereka,


“Katakanlah begini kepada pembesar Yehuda, Zerubabel anak Sealtiel, dan kepada imam besar, Yosua anak Yozadak, dan kepada warga bangsa itu yang selebihnya:


Ambillah perak dan emas, buatlah mahkota, lalu kenakanlah pada kepala Imam Besar Yosua anak Yozadak.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan