Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 11:31 - Alkitab Versi Borneo

31 Bani Benyamin tinggal dari Geba, iaitu di Mikhmas, Aya, Betel dan kampung-kampungnya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

31 Sebilangan orang daripada suku Benyamin tinggal di Geba, Mikhmas, Ai, Betel, dan di pekan-pekan di sekitarnya;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

31 Sebilangan orang daripada suku Benyamin tinggal di Geba, Mikhmas, Ai, Betel, dan di pekan-pekan di sekitarnya;

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 11:31
14 Iomraidhean Croise  

Dari situ, Abram berpindah ke pergunungan di sebelah timur Betel lalu mendirikan khemahnya di antara Betel di sebelah barat dengan Ai di sebelah timur. Di situ Abram mendirikan sebuah mazbah bagi TUHAN dan menyeru nama TUHAN.


Dia menamai tempat itu Betel; biarpun dahulunya kota itu bernama Lus.


Zanoah, Adulam dan desa-desanya, Lakhis dan ladang-ladangnya, serta Azeka dan kampung-kampungnya. Demikianlah mereka mendirikan perkhemahan dari Bersyeba ke Lembah Hinom.


dari Bet-Gilgal, dari padang Geba dan Azmawet. Para penyanyi itu memang telah membina perkampungan mereka di sekitar Yerusalem.


Asyur telah memasuki Ayat, melalui Migron. Disimpannya barang-barangnya di Mikhmas.


Dari situ, sempadan itu menganjur ke Lus, ke lereng gunung di sebelah selatan Lus, iaitu Betel dan seterusnya turun ke Atarot-Adar dekat gunung yang terletak di sebelah selatan Bet-Horon Hilir.


Bet-Araba, Zemaraim, Betel,


Kefar-Haamonai, Ofni, Geba; dua belas buah kota berserta desa-desanya.


Kemudian Yosua melepaskan mereka pergi menuju tempat mereka bersiap menyerang hendap, dan tinggal di antara Betel dengan Ai, di sebelah barat Ai. Yosua bermalam di tengah-tengah orang Israel pada malam itu.


Samuel bertanya, “Apakah yang kaulakukan?” Jawab Saul, “Apabila kulihat bahawa pasukan itu bercerai-berai meninggalkan aku, sedangkan engkau tidak juga datang pada waktu yang telah ditetapkan dan orang Filistin telah berkumpul di Mikhmas,


Saul memilih tiga ribu orang Israel iaitu dua ribu orang menyertai Saul di Mikhmas dan di Gunung Betel manakala seribu orang menyertai Yonatan di Gibea-Benyamin. Rakyat yang selebihnya disuruhnya pulang ke khemah masing-masing.


Lalu maralah pasukan orang Filistin ke genting di Mikhmas.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan