Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 11:1 - Alkitab Versi Borneo

1 Para pemimpin umat tinggal di Yerusalem, manakala orang selebihnya mencabut undi untuk menentukan satu daripada sepuluh orang yang harus tinggal di Yerusalem, kota suci itu, sementara sembilan orang yang lainnya tinggal di kota-kota lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

1 Para pemimpin menetap di Yerusalem, dan rakyat diharuskan membuang undi untuk memilih satu keluarga daripada tiap-tiap sepuluh keluarga. Mereka yang dipilih harus tinggal di Yerusalem kota yang suci itu, sedangkan yang tidak dipilih boleh tinggal di kota-kota dan pekan-pekan lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

1 Para pemimpin menetap di Yerusalem, dan rakyat diharuskan membuang undi untuk memilih satu keluarga daripada tiap-tiap sepuluh keluarga. Mereka yang dipilih harus tinggal di Yerusalem kota yang suci itu, sedangkan yang tidak dipilih boleh tinggal di kota-kota dan pekan-pekan lain.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 11:1
21 Iomraidhean Croise  

Untuk setiap pintu gerbang, mereka mencabut undi menurut kaum keluarga mereka, baik yang kecil mahupun yang besar.


Itulah para ketua kaum keluarga menurut keturunan mereka, kalangan yang terkemuka. Mereka ini tinggal di Yerusalem.


Demikianlah semua orang Israel dicatat dalam salasilah. Sesungguhnya, mereka tertulis dalam kitab raja-raja Israel. Orang Yehuda telah dibuang ke Babel kerana kemungkaran mereka.


Penduduk yang pertama sekali kembali menetap di tanah-tanah milik mereka, di kota-kota mereka, ialah orang Israel awam, para imam, bani Lewi, dan para hamba Bait Allah.


Di Yerusalem tinggal para suku bani Yehuda, bani Benyamin, bani Efraim dan Manasye:


Kami, iaitu para imam, bani Lewi, dan rakyat, akan mencabut undi mengenai persembahan kayu api yang harus dibawa ke Bait Allah kami oleh setiap kaum keluarga kami pada waktu-waktu tertentu, tahun demi tahun. Kayu api itu harus dibakar di atas tempat pembakaran korban TUHAN, Allah kami, seperti yang tertulis dalam Kitab Suci Taurat.


Semua orang Lewi di kota suci berjumlah 284 orang.


Juga pada waktu itu aku berkata kepada rakyat, “Setiap orang dengan anak buahnya harus bermalam di Yerusalem, supaya mereka dapat menjadi penjaga kami pada malam hari dan bekerja pada siang hari.”


Takhta-takhta ditempatkan di situ untuk penghakiman, takhta-takhta keluarga Daud.


Berdoalah untuk kesejahteraan Yerusalem: “Semoga makmur mereka yang mengasihimu.


Undi dicabut ke dalam pangkuan, tetapi TUHAN sajalah yang menentukan setiap keputusannya.


kerana mereka menyebut diri penduduk kota suci dan bersandar kepada Allah Israel, yang bernama TUHAN alam semesta –


Bangunlah, bangunlah! Kenakanlah kekuatanmu, wahai Sion! Kenakanlah pakaian kehormatanmu wahai Yerusalem, kota yang suci, kerana orang yang tidak bersunat dan yang najis tidak akan masuk lagi ke dalammu.


mereka keluar dari kubur dan selepas Yesus dibangkitkan semula, mereka masuk ke kota suci itu dan menampakkan diri kepada sebilangan besar orang di situ.


Selepas itu, Iblis membawa Yesus ke kota suci lalu meletakkan-Nya di puncak Bait Suci dan


Mereka pun berdoa, “Ya Tuhan yang mengetahui hati sekalian manusia, tunjukkanlah yang mana antara dua orang ini Engkau pilih


Mereka membuang undi lalu terkena kepada Matias. Dia pun diambil menyertai sebelas rasul itu.


Lalu Yosua mencabut undi bagi mereka di Silo, di hadapan TUHAN. Di situlah dia membahagi-bahagikan negeri itu kepada orang Israel dengan setiap suku menerima bahagian masing-masing.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan