Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 10:39 - Alkitab Versi Borneo

39 Orang Israel daripada bani Lewi harus membawa persembahan khusus berupa gandum, air anggur, dan minyak ke bilik-bilik itu. Di sana ada segala kelengkapan tempat suci, para imam yang menyelenggarakan ibadat, para penjaga pintu gerbang, dan para penyanyi. Kami tidak akan mengabaikan Bait Allah kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

39 Umat Israel dan orang Lewi harus membawa persembahan biji-bijian, wain, dan minyak zaitun yang sudah dikumpulkan itu ke stor-stor bekalan, iaitu di tempat menyimpan peralatan Rumah TUHAN. Di situ juga tempat tinggal para imam yang sedang bertugas, para pengawal Rumah TUHAN, dan para penyanyi di Rumah TUHAN. Kami tidak mahu mengabaikan Rumah TUHAN kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

39 Umat Israel dan orang Lewi harus membawa persembahan biji-bijian, wain, dan minyak zaitun yang sudah dikumpulkan itu ke stor-stor bekalan, iaitu di tempat menyimpan peralatan Rumah TUHAN. Di situ juga tempat tinggal para imam yang sedang bertugas, para pengawal Rumah TUHAN, dan para penyanyi di Rumah TUHAN. Kami tidak mahu mengabaikan Rumah TUHAN kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 10:39
12 Iomraidhean Croise  

Mereka pergi lalu berseru kepada para penjaga pintu gerbang kota dan memberitahukan demikian kepada orang itu, “Kami mendatangi perkhemahan orang Aram. Ternyata tidak ada orang di sana dan tidak terdengar suara manusia. Hanya ada kuda-kuda dan keldai-keldai tertambat, manakala khemah-khemah ditinggalkan begitu sahaja.”


Hizkia pun memerintah agar disediakan bilik-bilik di dalam Bait TUHAN. Setelah bilik-bilik itu disediakan,


maka dengan setia mereka membawa ke sana persembahan khusus, persembahan sepersepuluh, dan persembahan-persembahan suci. Konanya, seorang bani Lewi, ketua pegawai yang mengepalai semua urusan itu, dan Simei, saudaranya, menjadi pembantunya.


Pada zaman Zerubabel dan zaman Nehemia semua orang Israel memberikan sumbangan kepada para penyanyi dan penjaga pintu gerbang menurut keperluan tiap-tiap hari para penyanyi itu. Mereka memberikan persembahan suci kepada bani Lewi, dan bani Lewi mengasingkan sebahagian daripada persembahan suci itu untuk diberikan kepada bani Harun.


Kerana Rumah Allah TUHAN kita, aku akan berusaha untuk kebaikanmu.


“Apatah lagi, hendaklah kamu berbicara kepada bani Lewi dan katakan kepada mereka, ‘Apabila kamu menerima persembahan sepersepuluh daripada orang Israel, yang Kukurniakan kepadamu menjadi harta pusakamu, maka kamu pun harus mempersembahkan sepersepuluh daripada persembahan itu sebagai persembahan khusus kepada TUHAN.


Oleh itu, katakanlah juga kepada mereka, ‘Pada waktu kamu mempersembahkan yang terbaik daripadanya, maka bagi bani Lewi hal itu akan dianggap sama dengan hasil tempat pembantingan dan hasil tempat pemerasan anggur.


Persembahan sepersepuluh daripada gandummu, anggurmu, minyakmu, anak-anak sulung daripada kawanan lembu dan kawanan dombamu, segala korban nazar yang kamu nazarkan, korban sukarela kamu, atau persembahan khususmu tidak boleh kamu makan di kota-kotamu.


Jangan berhenti daripada berhimpun, seperti yang dilakukan oleh setengah-setengah orang. Nasihatilah sesama sendiri, terutamanya setelah kamu sedar Hari Tuhan itu kian hampir.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan