Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 10:37 - Alkitab Versi Borneo

37 Tepung barli hasil pertama kami, persembahan khusus kami, buah segala pokok, air anggur, dan minyak akan kami bawa kepada para imam, ke bilik-bilik di Bait Allah kami. Sepersepuluh daripada hasil tanah kami akan kami bawa kepada bani Lewi, kerana bani Lewilah yang memungut persembahan sepersepuluh di segala kota pertanian kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

37 Kami akan membawa adunan yang dibuat daripada biji-bijian yang mula-mula dituai pada tiap-tiap tahun, dan juga persembahan lain berupa wain, minyak zaitun, serta segala jenis buah-buahan. Semua itu akan kami berikan kepada imam-imam di Rumah TUHAN. Kami akan memberikan persepuluhan kami kepada orang Lewi yang memungut persembahan persepuluhan di tempat-tempat pertanian, iaitu persepuluhan daripada hasil tanaman yang tumbuh di ladang kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

37 Kami akan membawa adunan yang dibuat daripada biji-bijian yang mula-mula dituai pada tiap-tiap tahun, dan juga persembahan lain berupa wain, minyak zaitun, serta segala jenis buah-buahan. Semua itu akan kami berikan kepada imam-imam di Rumah TUHAN. Kami akan memberikan persepuluhan kami kepada orang Lewi yang memungut persembahan persepuluhan di tempat-tempat pertanian, iaitu persepuluhan daripada hasil tanaman yang tumbuh di ladang kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 10:37
23 Iomraidhean Croise  

Orang Israel dan Yehuda yang tinggal di kota-kota Yehuda pun membawa persembahan sepersepuluh daripada kawanan lembu dan kawanan domba serta persembahan sepersepuluh daripada barang-barang suci yang ditakdiskan bagi TUHAN, Allah mereka. Semua itu diletakkan mereka sehingga bertimbun-timbun.


Kuketahui pula bahawa sumbangan untuk bani Lewi tidak diberikan sehingga mereka serta para penyanyi yang seharusnya melaksanakan tugas mereka telah kembali ke ladang masing-masing.


Setelah itu, semua orang Yehuda membawa lagi persembahan sepersepuluh berupa gandum, air anggur, dan minyak ke dalam perbendaharaan.


Disediakannya sebuah bilik yang besar untuk Tobia, padahal bilik itu sebelumnya tempat penyimpanan bagi persembahan bahan makanan, kemenyan, segala wadah berserta persembahan sepersepuluh berupa gandum, air anggur, juga minyak yang ditetapkan bagi bani Lewi, para penyanyi serta penjaga pintu gerbang. Persembahan khusus bagi para imam pun ditempatkan di dalam bilik itu.


Kusuruh orang menyucikan bilik-bilik itu, lalu kubawa kembali ke sana segala alat kelengkapan Rumah Allah dengan persembahan bahan makanan dan kemenyan.


maka kamu harus mentahbiskan untuk TUHAN semua yang lahir pertama daripada rahim. Semua yang lahir pertama daripada binatang yang kaupunyai, iaitu yang jantan, ialah milik TUHAN.


“Tahbiskanlah untuk-Ku semua anak sulung. Semua yang lahir pertama daripada rahim dalam kalangan orang Israel, baik manusia mahupun haiwan, Akulah pemiliknya.”


Dari tempat-tempat tinggalmu bawalah dua buku roti persembahan unjukan yang dibuat daripada dua persepuluh efa tepung terbaik dan yang dibakar dengan ragi, sebagai roti hasil pertama untuk dipersembahkan kepada TUHAN.


Bawalah seluruh persembahan sepersepuluh kamu ke dalam perbendaharaan, supaya ada makanan di Bait-Ku. Kemudian ujilah Aku dalam hal ini,” firman TUHAN alam semesta, “adakah Aku tidak membuka bagimu tingkap-tingkap di langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai tiada tempat yang memadai menampungnya.


“Sanggupkah manusia merompak Allah? Namun demikian, kamu merompak Aku. Tetapi kamu bertanya, ‘Bagaimanakah kami merompak Engkau?’ Dalam hal persembahan sepersepuluh dan persembahan khusus.


Demikian jugalah semua yang lahir pertama dari segala yang bernyawa, baik manusia mahupun haiwan, yang dipersembahkan mereka kepada TUHAN, menjadi bahagianmu. Hanya, hendaklah kamu menebus anak sulung manusia serta anak sulung haiwan yang najis.


Dagingnya menjadi bahagianmu, sama seperti dada persembahan unjukan dan paha kanan yang juga menjadi bahagianmu.


Bagi bani Lewi sesungguhnya telah Kukurniakan semua persembahan sepersepuluh di Israel menjadi harta pusaka mereka sebagai imbalan atas pekerjaan yang dilaksanakan mereka di Khemah Pertemuan.


Sekiranya gumpalan pertama suci, maka sucilah seluruh adunan. Jika suci akar pokok, maka demikian jugalah cabang-cabangnya.


Hendaklah kamu mempersembahkan sepersepuluh daripada segala hasil benih yang tumbuh di ladangmu, tahun demi tahun.


Hendaklah kamu berikan kepada mereka hasil pertama daripada gandummu, anggurmu, minyakmu, serta hasil pertama guntingan bulu dombamu,


hendaklah kamu mengambil sebahagian hasil pertama daripada segala hasil tanahmu yang kamu kumpulkan daripada negeri yang dikurniakan TUHAN, Allahmu, kepadamu. Letaklah semua itu di dalam bakul lalu pergilah ke tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, sebagai tempat untuk menegakkan nama-Nya.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan