Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 10:36 - Alkitab Versi Borneo

36 Anak sulung kami dan anak sulung ternakan kami, iaitu anak sulung kawanan lembu dan kawanan domba kami, seperti tertulis dalam Kitab Suci Taurat, akan kami bawa ke Bait Allah kami, kepada para imam yang menyelenggarakan ibadat di Bait Allah kami.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

36 Kami akan membawa anak lelaki kami yang sulung kepada imam di Rumah TUHAN. Di situ anak itu akan diserahkan kepada Allah menurut peraturan Taurat. Kami juga akan menyerahkan anak sulung lembu, anak sulung kambing, atau anak sulung domba.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

36 Kami akan membawa anak lelaki kami yang sulung kepada imam di Rumah TUHAN. Di situ anak itu akan diserahkan kepada Allah menurut peraturan Taurat. Kami juga akan menyerahkan anak sulung lembu, anak sulung kambing, atau anak sulung domba.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 10:36
14 Iomraidhean Croise  

Apabila perintah itu tersiar, orang Israel membawa banyak sekali hasil pertama mereka daripada gandum, air anggur, minyak, madu, dan segala hasil ladang. Selain itu mereka juga membawa persembahan sepersepuluh daripada segala sesuatu dalam jumlah yang besar.


Pada hari itu beberapa orang diangkat untuk mengawasi bilik-bilik perbendaharaan, tempat menyimpan persembahan khusus, hasil pertama, dan persembahan sepersepuluh. Maksudnya ialah supaya sumbangan yang menurut hukum Taurat menjadi bahagian para imam dan bani Lewi dapat dikumpulkan dalam bilik-bilik itu dari ladang-ladang di setiap kota. Orang Yehuda memang bersukacita kerana para imam dan bani Lewi yang bertugas itu.


Disediakannya sebuah bilik yang besar untuk Tobia, padahal bilik itu sebelumnya tempat penyimpanan bagi persembahan bahan makanan, kemenyan, segala wadah berserta persembahan sepersepuluh berupa gandum, air anggur, juga minyak yang ditetapkan bagi bani Lewi, para penyanyi serta penjaga pintu gerbang. Persembahan khusus bagi para imam pun ditempatkan di dalam bilik itu.


“Tahbiskanlah untuk-Ku semua anak sulung. Semua yang lahir pertama daripada rahim dalam kalangan orang Israel, baik manusia mahupun haiwan, Akulah pemiliknya.”


Yang terbaik daripada hasil pertama tanahmu hendaklah kamu bawa ke dalam Bait TUHAN, Allahmu. Jangan kamu rebus anak kambing di dalam air susu ibunya.”


Semua yang lahir pertama daripada rahim ialah milik-Ku, dan begitu jugalah semua ternakanmu yang jantan, yang lahir pertama daripada lembu atau domba.


Bawalah seluruh persembahan sepersepuluh kamu ke dalam perbendaharaan, supaya ada makanan di Bait-Ku. Kemudian ujilah Aku dalam hal ini,” firman TUHAN alam semesta, “adakah Aku tidak membuka bagimu tingkap-tingkap di langit dan mencurahkan berkat kepadamu sampai tiada tempat yang memadai menampungnya.


kerana semua anak sulung ialah kepunyaan-Ku. Pada waktu Aku menewaskan semua anak sulung di Tanah Mesir, Aku mentahbiskan bagi-Ku semua yang sulung di Israel, baik manusia mahupun haiwan. Semua itu kepunyaan-Ku. Akulah TUHAN.”


Orang yang diajari firman hendaklah berkongsi segala yang baik dengan pengajarnya.


Bawalah ke sana korban bakaranmu, korban sembelihanmu, persembahan sepersepuluh kamu, persembahan khususmu, korban nazarmu, korban sukarela kamu, dan anak-anak sulung daripada kawanan lembu dan kawanan dombamu.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan