Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 10:31 - Alkitab Versi Borneo

31 Jika bangsa-bangsa negeri ini membawa barang-barang atau sebarang bijirin untuk dijual pada hari Sabat, kami tidak akan membelinya daripada mereka pada hari Sabat atau pada bila-bila hari suci yang lain. Pada tahun ketujuh kami akan membiarkan begitu sahaja hasil tanah dan akan meluputkan setiap hutang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

31 Jika orang bangsa asing datang menjual gandum atau apa sahaja kepada kami pada hari Sabat, atau pada hari-hari suci yang lain, kami tidak akan membeli daripada mereka. Pada tiap-tiap tahun ketujuh, kami tidak akan menanami ladang, dan kami akan menghapuskan segala hutang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

31 Jika orang bangsa asing datang menjual gandum atau apa sahaja kepada kami pada hari Sabat, atau pada hari-hari suci yang lain, kami tidak akan membeli daripada mereka. Pada tiap-tiap tahun ketujuh, kami tidak akan menanami ladang, dan kami akan menghapuskan segala hutang.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 10:31
24 Iomraidhean Croise  

Dengan demikian genaplah firman TUHAN yang disampaikan oleh Yeremia, sampai negeri itu menikmati tahun-tahun Sabatnya. Selama masa ketandusannya, negeri itu menjalani Sabat, sampai genap tujuh puluh tahun.


Pada waktu itu juga kulihat beberapa orang Yahudi telah memperisteri perempuan bangsa Asdod, Amon, dan Moab.


Haruskah kami mendengar bahawa kamu juga melakukan segala kejahatan yang besar itu dan berbuat mungkar terhadap Allah kita dengan memperisteri perempuan-perempuan asing?”


Pada hari pertama adakanlah perhimpunan jemaah yang suci, demikian pula pada hari ketujuh. Pada hari-hari itu tidak boleh dilakukan pekerjaan apa-apa pun, kecuali mempersiapkan makanan yang harus dimakan oleh setiap orang.


tetapi hari ketujuh ialah hari Sabat bagi TUHAN, Allahmu. Pada hari itu jangan melakukan pekerjaan apa-apa pun baik kamu, anak lelakimu, anak perempuanmu, hamba lelakimu, hamba perempuanmu, haiwanmu, mahupun pendatang yang ada di kotamu.


Apabila kamu mengambil anak-anak perempuan mereka menjadi isteri anak-anakmu, dan anak-anak perempuan itu berzina dengan mengikuti tuhan mereka, maka mereka akan membuat anak-anak lelakimu berzina dengan mengikuti tuhan mereka.


Bukan begitu. Bukankah puasa yang Kukehendaki adalah supaya engkau membuka belenggu-belenggu kefasiqan dan melepaskan tali-tali kuk, supaya engkau melepaskan orang yang tertindas sebagai orang merdeka dan mematahkan setiap kuk?


Hendaklah hal ini menjadi peraturan tetap seterusnya bagi kamu, iaitu bahawa pada hari kesepuluh pada bulan ketujuh, hendaklah kamu merendahkan diri dengan berpantang dan tidak melakukan sebarang pekerjaan pun, baik warga asli mahupun pendatang asing yang menghuni di tengah-tengah kalangan kamu,


Pada hari itu juga hendaklah kamu menguar-uarkan dan mengadakan perhimpunan jemaah yang suci. Jangan lakukan sebarang pekerjaan biasa. Itu ialah ketetapan yang berkuat kuasa secara berkekalan untuk kamu turun-temurun di mana-mana pun tempat tinggalmu.


Hendaklah selama enam hari umat melakukan pekerjaan mereka, tetapi hari ketujuh ialah hari Sabat, hari istirahat penuh, hari perhimpunan jemaah yang suci, dan janganlah dilakukan apa-apa pekerjaan pun. Itu ialah hari Sabat untuk TUHAN yang berkuat kuasa di seluruh tempat kediaman kamu.


Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.


Oleh itu, janganlah siapa pun menghakimi kamu tentang makanan atau minuman, hari raya, bulan baru atau hari Sabat.


Orang yang tidak mengamalkan belas kasihan akan dihukum tanpa diberi belas kasihan, tetapi mereka yang mengamalkan belas kasihan tidak akan takut diadili.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan