Nehemia 10:29 - Alkitab Versi Borneo29 menggabungkan diri dengan saudara mereka, iaitu bangsawan mereka. Mereka mengikat diri dengan kutukan dan sumpah untuk hidup menurut hukum Taurat yang diberikan Allah dengan perantaraan Musa, hamba Allah itu, dan untuk melakukan dengan setia segala perintah TUHAN, Tuhan kami, serta segala peraturan dan ketetapan-Nya. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)29 menyertai para pemimpin kami dan bersumpah bahawa kami akan hidup menurut hukum Allah yang telah diberikan-Nya melalui hamba-Nya Musa. Kami bersumpah untuk mentaati segala perintah yang diberikan kepada kami oleh TUHAN, iaitu Tuhan kami; kami bersumpah untuk mematuhi semua hukum dan peraturan-Nya. Biarlah Allah mengutuk kami jika kami tidak menepati perjanjian ini. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik29 menyertai para pemimpin kami dan bersumpah bahawa kami akan hidup menurut hukum Allah yang telah diberikan-Nya melalui hamba-Nya Musa. Kami bersumpah untuk mentaati segala perintah yang diberikan kepada kami oleh TUHAN, iaitu Tuhan kami; kami bersumpah untuk mematuhi semua hukum dan peraturan-Nya. Biarlah Allah mengutuk kami jika kami tidak menepati perjanjian ini. Faic an caibideil |
Kemudian raja berdiri dekat tiang. Diikatnya perjanjian di hadapan TUHAN untuk hidup mengikuti TUHAN dan berpegang teguh pada segala perintah-Nya, peraturan-Nya, serta ketetapan-Nya dengan segenap hati dan jiwa, juga untuk melaksanakan kata-kata perjanjian yang tertulis dalam kitab itu. Seluruh rakyat pun turut serta dalam perjanjian itu.
Kemudian raja berdiri di tempatnya dan mengikat perjanjian di hadapan TUHAN untuk hidup mengikuti TUHAN serta berpegang teguh pada segala perintah-Nya, peraturan-Nya, dan ketetapan-Nya dengan segenap hatinya dan dengan segenap jiwanya, serta untuk melakukan perkataan perjanjian yang tertulis dalam kitab itu.
Sekarang, ya TUHAN, Allah Israel, peganglah apa yang telah Kaujanjikan kepada hamba-Mu Daud, ayahku, dengan berfirman, ‘Di hadapan-Ku, tidak akan terputus keturunanmu yang akan duduk di atas takhta kerajaan Israel, asalkan anak-anakmu tetap hidup menurut hukum Taurat, sebagaimana engkau telah hidup di hadapan-Ku.’
Maka berbantahlah aku dengan mereka. Kukutuk mereka, kupukul beberapa orang daripada mereka, kucabut rambut mereka, dan kusuruh mereka bersumpah demi Allah, kataku, “Jangan berikan anak-anak perempuanmu kepada anak-anak lelaki mereka dan jangan ambil anak-anak perempuan mereka untuk menjadi isteri bagi anak-anak lelakimu atau bagi dirimu sendiri.
Janganlah tuan terperdaya oleh kata-kata mereka, kerana lebih empat puluh orang daripada mereka telah bersumpah tidak akan makan dan minum hingga mereka membunuh Paulus. Mereka akan membunuhnya sebelum dia sampai ke hadapan Majlis Agama itu. Sekarang pun mereka semua sudah sedia menantikan tuan berjanji demikian.”