Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 10:28 - Alkitab Versi Borneo

28 Rakyat selebihnya, iaitu para imam, bani Lewi, para penjaga pintu gerbang, para penyanyi, para hamba Bait Allah, dan semua orang yang memisahkan diri daripada umat negeri itu demi mematuhi hukum Taurat Allah, berserta para isteri mereka, anak-anak mereka baik lelaki mahupun perempuan, dan semua orang yang dapat mengerti dan memahami hukum tersebut,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

28 Kami, rakyat Israel, para imam, para orang Lewi, para pengawal Rumah TUHAN, para penyanyi, dan para pekerja di Rumah TUHAN, bersama-sama isteri dan anak kami yang cukup dewasa untuk memahami perkara ini, serta semua orang yang taat kepada hukum Allah dan yang sudah mengasingkan diri daripada orang bangsa asing yang tinggal di negeri kami,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

28 Kami, rakyat Israel, para imam, para orang Lewi, para pengawal Rumah TUHAN, para penyanyi, dan para pekerja di Rumah TUHAN, bersama-sama isteri dan anak kami yang cukup dewasa untuk memahami perkara ini, serta semua orang yang taat kepada hukum Allah dan yang sudah mengasingkan diri daripada orang bangsa asing yang tinggal di negeri kami,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 10:28
16 Iomraidhean Croise  

Maka imam, bani Lewi, sebahagian daripada rakyat, penyanyi, penjaga pintu gerbang, dan hamba Bait Allah menetap di kota-kota mereka. Semua orang Israel pun menetap di kota mereka.


Orang Israel yang kembali daripada pembuangan memakan korban itu, demikian juga semua orang yang meninggalkan segala kenajisan penduduk di negeri itu dan bergabung dengan mereka untuk beribadat kepada TUHAN, Allah Israel.


Malukh, Harim, dan Baana.


Apabila rakyat mendengar hukum Taurat itu, mereka memisahkan semua orang peranakan daripada kalangan orang Israel.


Pada hari pertama pada bulan ketujuh, Imam Ezra membawa Kitab Suci Taurat ke hadapan jemaah yang terdiri daripada para lelaki, perempuan, dan semua orang yang dapat mendengar serta mengerti.


Orang Israel yang sejati mengasingkan diri daripada semua orang asing lalu berdiri mengakui dosa mereka dan kesalahan nenek moyang mereka.


Kerana Allah Raja seluruh bumi; nyanyikan puji-pujian sepenuh pengertian.


Janganlah terburu-buru berkata-kata dengan mulutmu, dan janganlah hatimu segera mengeluarkan perkataan di hadapan Allah, kerana Allah di syurga walhal kamu berada di bumi. Maka biarlah sedikit sahaja perkataanmu.


jika engkau bersumpah, ‘Demi TUHAN yang hidup’ dalam kebenaran, keadilan dan ketulusan, maka bangsa-bangsa akan mendapat berkat kerana Dia dan akan bermegah kerana Dia.”


Tetapi Aku berfirman kepadamu: Kamu akan menduduki tanah mereka dan Aku akan mengurniakannya kepadamu untuk menjadi milikmu, negeri yang berlimpah-limpah susu dan madu. Akulah TUHAN, Allahmu, yang telah mengasingkan kamu daripada bangsa-bangsa lain.


Daripada Paulus, hamba Kristus Yesus yang dipanggil untuk menjadi rasul, dan dipilih khas untuk menyebarkan Injil daripada Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan