Pada hari keempat, perak, emas, dan pelbagai kelengkapan itu ditimbang di dalam Bait Allah kami dan diserahkan kepada Imam Meremot anak Uria serta Eleazar anak Pinehas dan bersama-sama mereka ialah bani Lewi, iaitu Yozabad anak Yesua dan Noaja anak Binui.
Sejumlah bani Lewi, iaitu Yesua, Bani, Serebya, Yamin, Akub, Sabetai, Hodia, Maaseya, Kelita, Azarya, Yozabad, Hanan, dan Pelaya menolong umat untuk memahami hukum Taurat sementara umat berdiri di tempat masing-masing.