Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 1:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Tetapi jika kamu kembali kepada-Ku dan berpegang teguh pada segala perintah-Ku serta melakukannya, maka sekalipun orangmu yang terbuang ada di hujung langit, Aku akan mengumpulkan mereka dari sana dan membawa mereka ke tempat yang telah Kupilih untuk membuat nama-Ku bersemayam di sana.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Tetapi jika kamu kembali kepada-Ku dan melakukan perintah-Ku, Aku akan membawa kamu balik ke tempat yang sudah Kupilih sebagai tempat Aku disembah, walaupun kamu sudah tercerai-cerai di seluruh muka bumi.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Tetapi jika kamu kembali kepada-Ku dan melakukan perintah-Ku, Aku akan membawa kamu balik ke tempat yang sudah Kupilih sebagai tempat Aku disembah, walaupun kamu sudah tercerai-cerai di seluruh muka bumi.’

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 1:9
28 Iomraidhean Croise  

jika mereka berbalik kepada-Mu dengan segenap hati serta dengan segenap jiwa di negeri musuh yang menawan mereka, dan jika mereka berdoa kepada-Mu dengan berkiblat ke negeri yang telah Kaukurniakan kepada nenek moyang mereka, ke kota yang telah Kaupilih, dan ke bait yang telah kubina bagi nama-Mu,


Firman TUHAN kepadanya, “Aku telah mendengar doa dan permohonanmu yang kaupanjatkan di hadirat-Ku. Aku telah menyucikan bait yang kaubina itu dan menegakkan nama-Ku di situ untuk selama-lamanya. Mata-Ku dan hati-Ku akan ada di sana sepanjang masa.


Katakanlah, “Selamatkanlah kami, ya Allah, Penyelamat kami. Kumpulkanlah kami dan lepaskanlah kami daripada bangsa-bangsa, supaya kami dapat mengucap syukur kepada nama-Mu yang suci dan bermegah dalam puji-pujian kepada-Mu.”


Semoga Allah, yang telah membuat nama-Nya bersemayam di sana, menjatuhkan mana-mana raja atau orang yang mengingkari perintah ini dan menghancurkan Rumah Allah di Yerusalem itu. Aku, Darius, memberikan perintah ini. Hendaklah perintah ini dilaksanakan tepat mengikut setiap perkataannya.”


Selamatkanlah kami, ya TUHAN Allah kami, dan kumpulkan kami daripada kalangan bangsa asing, supaya kami bersyukur kepada nama-Mu yang suci, supaya kami berbangga dengan pujian untuk-Mu.


dan dikumpulkan-Nya dari negeri-negeri, dari timur dan dari barat, dari utara dan dari selatan.


TUHAN membina semula Yerusalem; Dia mengumpulkan umat Israel yang tersingkir.


Dia akan mengangkat panji-panji bagi bangsa dan akan menghimpunkan orang Israel yang terbuang. Dia akan mengumpulkan orang Yehuda yang tercerai-berai dari keempat-empat penjuru bumi.


Pada waktu itu TUHAN akan membanting mulai aliran Sungai Efrat sampai ke Wadi Mesir. Kamu akan dikumpulkan satu demi satu, wahai orang Israel.


Demikianlah firman Tuhan ALLAH, yang mengumpulkan orang Israel yang terbuang, “Aku akan mengumpulkan orang lain lagi di samping mereka yang sudah terkumpul.”


Tetapi nanti, setelah Aku mencabut mereka, Aku akan kembali mengasihani mereka. Aku akan mengembalikan mereka kepada harta pusaka masing-masing dan ke negeri masing-masing.


“Kembalilah, wahai anak-anak yang murtad,” demikianlah firman TUHAN, “kerana Akulah tuanmu. Aku akan mengambil kamu, seorang dari sebuah kota dan dua orang daripada suatu kaum, lalu Aku akan membawa kamu ke Sion.


Dengarlah firman TUHAN, wahai bangsa-bangsa, uar-uarkanlah di daerah-daerah pesisir yang jauh, katakanlah, ‘Dia yang menyerakkan Israel akan mengumpulkannya kembali dan menjaganya seperti gembala menjaga kawanan dombanya.’


Sesungguhnya, Aku akan mengumpulkan mereka dari segala negeri tempat Aku menghalau mereka dalam murka-Ku, kegusaran-Ku, dan amarah-Ku yang besar. Aku akan mengembalikan mereka ke tempat ini dan membuat mereka tinggal dengan aman.


Beginilah firman TUHAN, “Sesungguhnya, sebuah pasukan datang dari sebelah utara, sebuah bangsa yang besar akan digerakkan dari hujung bumi.


Oleh sebab itu katakanlah kepada keturunan kaum Israel: ‘Beginilah firman Tuhan ALLAH, “Bertaubatlah dan berpalinglah daripada berhala-berhalamu. Palingkanlah mukamu daripada segala kekejianmu.


Aku akan mengambil kamu daripada kalangan bangsa, mengumpulkan kamu dari semua negeri, dan membawa kamu kembali ke tanahmu.


Jika kamu hidup menurut segala ketetapan-Ku, mentaati segala perintah-Ku, dan mengamalkan kesemuanya,


Beginilah firman TUHAN alam semesta, ‘Sesungguhnya, Aku akan menyelamatkan umat-Ku dari negeri sebelah timur dan dari negeri sebelah barat.


Sangkakala akan dibunyikan dengan kuatnya, dan Anak Manusia akan menghantar malaikat-malaikat-Nya dan menghimpunkan umat pilihan-Nya dari empat mata angin, dari satu hujung langit ke hujung yang lain.”


Jika tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, untuk menegakkan nama-Nya itu terlalu jauh dari tempatmu, maka engkau boleh menyembelih haiwan dari kawanan lembu dan kawanan domba yang dikurniakan TUHAN kepadamu, seperti kuperintahkan kepadamu, dan memakannya di kota-kotamu sesuka hatimu.


Sebaliknya, carilah tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, daripada kalangan semua sukumu sebagai tempat untuk menegakkan nama-Nya, dan pergilah ke sana.


Jadi, apabila kamu telah mengalami semua hal ini, iaitu berkat dan laknat yang telah kuhadapkan kepadamu itu, dan kamu bertaubat dalam hatimu di tengah-tengah segala bangsa tempat kamu dibuang oleh TUHAN, Allahmu,


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan