Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 1:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Teramat fasiq kelakuan kami terhadap Engkau, dan kami tidak berpegang teguh pada segala perintah, segala ketetapan, dan segala peraturan yang telah Kausampaikan melalui hamba-Mu iaitu Musa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Kami sudah menderhaka terhadap-Mu, dan tidak melakukan perintah-Mu. Kami tidak mematuhi hukum yang Engkau berikan melalui Musa, hamba-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Kami sudah menderhaka terhadap-Mu, dan tidak melakukan perintah-Mu. Kami tidak mematuhi hukum yang Engkau berikan melalui Musa, hamba-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 1:7
24 Iomraidhean Croise  

Peganglah kewajipanmu terhadap TUHAN, Allahmu, dengan hidup menurut jalan-Nya dan dengan berpegang teguh pada segala ketetapan-Nya, perintah-Nya, peraturan-Nya, serta peringatan-Nya seperti yang tertulis dalam Kitab Taurat Musa. Dengan demikian engkau akan berhasil dalam segala tindakanmu dan dalam segala tujuanmu,


Tetapi para anak mereka tidak dihukumnya mati; iaitu sejajar dengan apa yang tertulis dalam Kitab Suci Taurat yang disampaikan Allah melalui Musa. Dalamnya TUHAN memberikan perintah: “Seorang ayah tidak boleh dihukum mati kerana anaknya, dan anak tidak boleh dihukum mati kerana ayahnya. Hendaklah setiap orang dihukum mati atas dosanya sendiri.”


Dia melakukan apa yang benar di mata TUHAN seperti semua yang dilakukan Uzia, ayahnya, hanya dia tidak masuk ke dalam Bait Suci TUHAN. Namun demikian, rakyat masih terus melakukan kemungkaran.


Ezra berangkat pulang dari Babel. Dia seorang ahli Kitab Suci, mahir dalam Kitab Suci Taurat yang diberikan TUHAN, Allah Israel, melalui Musa. Segala permintaannya diluluskan oleh raja kerana tangan TUHAN, Allahnya, menaunginya.


Kami telah berdosa bersama nenek moyang kami; kami telah melakukan dosa, kami telah berbuat jahat.


jika mereka melanggar ketetapan-Ku dan tidak mematuhi perintah-perintah-Ku,


Maka Aku akan menghukum keingkaran mereka dengan gada, dan dosa mereka dengan cemeti;


Wahai bangsa yang berdosa, umat yang sarat dengan kesalahan, keturunan yang berbuat jahat, anak-anak yang telah runtuh akhlak! Mereka meninggalkan TUHAN, menista Yang Maha Suci, Allah Israel, dan berpaling membelakangi Dia.


Semua orang Israel telah melanggar hukum-Mu dan menyimpang kerana tidak mematuhi-Mu. Oleh sebab itu kutuk dan sumpah yang tersurat dalam Kitab Suci Taurat yang disampaikan melalui Musa, hamba Allah itu, dicurahkan kepada kami, kerana kami telah berdosa terhadap-Nya.


Seperti tersurat dalam Kitab Suci Taurat yang disampaikan Allah melalui Musa, segala malapetaka itu telah menimpa kami. Namun demikian, kami tidak memohon belas kasihan TUHAN, Allah kami, dengan bertaubat daripada segala kesalahan kami dan bertindak bijaksana dalam kebenaran-Mu.


Mereka begitu dalam di kancah kehinaan seperti pada hari-hari Gibea. Allah akan mengingat kesalahan mereka dan akan membalas dosa-dosa mereka.


Itulah perintah-perintah yang diberikan TUHAN kepada Musa di Gunung Sinai untuk orang Israel.


Firman-Ku, ‘Tentu sekarang engkau akan takut kepada-Ku dan akan menerima pengajaran. Dengan demikian tempat kediaman mereka tidak akan dilenyapkan selaras dengan segala yang Kutentukan atas mereka.’ Tetapi mereka semakin giat melakukan segala kemungkaran mereka.


“Ingatlah hukum Taurat iaitu segala ketetapan dan peraturan yang diperuntukkan bagi semua orang Israel yang Kusampaikan melalui hamba-Ku Musa di Horeb.


“Sekarang, wahai Israel, dengarlah segala kanun dan peraturan yang kuajarkan kepadamu untuk kamu lakukan, supaya kamu dapat hidup dan selanjutnya dapat memasuki serta menduduki negeri yang dikurniakan kepadamu oleh TUHAN, Allah nenek moyangmu.


Ingatlah, seperti yang diperintahkan kepadaku oleh TUHAN, Allahku, aku telah mengajarmu segala kanun dan peraturan untuk dilaksanakan di negeri yang akan kamu masuki serta duduki kelak.


Musa memanggil semua orang Israel dan berkata kepada mereka, “Dengarlah, wahai Israel, segala kanun dan peraturan yang kusampaikan kepadamu pada hari ini. Pelajarilah semua itu dan lakukanlah dengan setia.


Inilah perintah, iaitu segala kanun dan peraturan yang kuajarkan kepadamu atas perintah TUHAN, Allahmu, untuk dilaksanakan di negeri yang akan kamu masuki serta duduki,


Kerana segala penghakiman-Nya benar dan adil, kerana Dia telah menghakimi pelacur besar yang telah mencemarkan dunia dengan perzinaannya; dan Dia telah menghukumnya kerana menumpahkan darah hamba-hamba-Nya!”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan