Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 1:6 - Alkitab Versi Borneo

6 semoga telinga-Mu mendengar dan mata-Mu terbuka untuk mendengar doa hamba-Mu yang sekarang kupanjatkan di hadapan-Mu siang dan malam bagi orang Israel, para hamba-Mu. Aku mengaku bahawa kami, orang Israel, termasuk aku dan seisi keluargaku, telah berdosa terhadap Engkau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Pandanglah aku, ya TUHAN, dan dengarlah doaku, sedang aku berdoa siang dan malam untuk hamba-hamba-Mu, umat Israel. Aku mengaku bahawa kami, umat Israel, sudah berdosa. Nenek moyangku dan aku sudah berdosa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Pandanglah aku, ya TUHAN, dan dengarlah doaku, sedang aku berdoa siang dan malam untuk hamba-hamba-Mu, umat Israel. Aku mengaku bahawa kami, umat Israel, sudah berdosa. Nenek moyangku dan aku sudah berdosa.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 1:6
34 Iomraidhean Croise  

Dengarlah permohonan hamba-Mu dan umat-Mu Israel ketika mereka berdoa dengan menghadap ke tempat ini. Dengarlah dari tempat tinggal-Mu di syurga, dan ampunilah kami ketika Engkau mendengarkannya.


dan jika mereka sedar akan diri di negeri tempat mereka tertawan, lalu berbalik serta memohon belas kasihan kepada-Mu di negeri tempat mereka tertawan itu dengan berkata, ‘Kami telah berdosa, bersalah, dan berbuat fasiq;’


Sekarang kamu berniat untuk menakluki bani Yehuda serta penduduk Yerusalem, lelaki atau perempuan, untuk dijadikan hambamu. Tetapi bukankah kamu sendiri berdosa terhadap TUHAN, Allahmu?


Bapa-bapa kita telah berbuat mungkar. Mereka melakukan apa yang jahat di mata TUHAN, Allah kita, dan meninggalkan-Nya. Mereka memalingkan muka dari tempat TUHAN bersemayam, dan membelakangi-Nya.


Sekarang, ya Allahku, biarlah mata-Mu terbuka dan telinga-Mu mendengar doa yang dipanjatkan di tempat ini:


Sementara Ezra berdoa dan mengaku dosa, menangis dan bersujud di hadapan Rumah Allah, berkumpullah di sekelilingnya orang Israel yang terdiri daripada lelaki, perempuan, dan anak-anak dalam jumlah yang sangat besar. Umat itu pun menangis tersedu-sedu.


Maka sekarang, buatlah pengakuan kepada TUHAN, Allah nenek moyangmu, dan lakukanlah apa yang menjadi kehendak-Nya. Pisahkanlah dirimu daripada bangsa-bangsa negeri ini dan daripada perempuan-perempuan asing.”


Ya Tuhan, semoga telinga-Mu mendengar doa hamba-Mu ini dan doa para hamba-Mu yang rela menghormati nama-Mu. Berikanlah kejayaan kepada hamba-Mu hari ini dan kurniakanlah belas ihsan kepadanya di hadapan orang ini.” Pada waktu itu aku menjadi jururasa santapan raja.


Dia akan menimbangkan doa orang papa; dan tidak akan menghina permohonan mereka.


Kami telah berdosa bersama nenek moyang kami; kami telah melakukan dosa, kami telah berbuat jahat.


Tuhan, dengarlah suaraku. Berilah perhatian-Mu kepada suara permohonanku.


Lalu aku mengakui dosaku kepada-Mu dan tidak menyembunyikan kejahatan dosaku. Kataku, “Aku akan mengakui keingkaranku kepada TUHAN” — maka Engkau mengampunkan dosaku. Sela


Kerana mata TUHAN tertuju kepada orang yang benar dan telinga-Nya mendengar rayuan mereka;


Petang, pagi dan tengah hari aku akan berdoa dan meratap kuat, dan Dia akan mendengar suaraku.


Ya TUHAN, Allah yang menyelamatkanku, aku telah berseru siang malam di hadapan-Mu.


Lalu kataku, “Malangnya aku! Aku binasa! Sebabnya aku seorang yang najis bibir, dan aku tinggal di tengah-tengah bangsa yang najis bibir. Namun demikian, mataku telah melihat Sang Raja, TUHAN alam semesta!”


Nenek moyang kami berdosa dan mereka kini tiada lagi, namun kamilah yang menanggung kesalahan mereka.


Sekarang, ya Tuhan, Allah kami, yang telah membawa umat-Mu keluar dari Tanah Mesir dengan tangan kuat dan yang menjadi masyhur sebagaimana nyata hari ini, kami telah berdosa, kami telah berbuat fasiq.


Sewaktu aku berbicara dan berdoa, mengaku dosaku dan dosa bangsaku Israel, dan menyampaikan permohonanku ke hadirat TUHAN, Allahku, bagi gunung suci Allahku,


Aku berdoa kepada TUHAN, Allahku, dan mengakui segala dosa, demikian, “Ya Tuhan, Allah, Yang Maha Besar dan terlalu mengagumkan, yang berpegang teguh pada perjanjian dan kasih abadi terhadap orang yang mencintai Engkau serta berpegang teguh pada segala perintah-Mu!


Kami telah berdosa, bersalah, berbuat fasiq, dan menderhaka. Kami telah menyimpang daripada perintah-perintah-Mu dan peraturan-peraturan-Mu.


Ya Tuhan, kamilah yang penuh rasa malu, begitu juga para raja kami, para pembesar kami, dan nenek moyang kami, kerana kami telah berdosa terhadap Engkau.


Tidakkah Allah akan membela umat pilihan-Nya yang berseru kepada-Nya siang dan malam? Adakah Dia akan bertangguh untuk melaksanakan keadilan bagi mereka?


Hana kemudian menjadi balu sehingga dia berumur lapan puluh empat tahun. Dia tidak pernah meninggalkan Bait Suci, malahan dia beribadat kepada Allah dengan berpuasa dan berdoa siang malam.


Kami semua juga pernah hidup sedemikian, memuaskan hawa nafsu, menunaikan kehendak tubuh dan fikiran, dan secara tabii merupakan anak-anak yang dimurkai, seperti yang lain juga.


Seorang balu yang benar-benar hidup sendirian tanpa tempat bergantung hanya berharap kepada Allah dan berdoa siang malam.


Aku bersyukur kepada Allah yang kusembah dengan hati nurani yang suci sebagaimana telah dilakukan oleh nenek moyangku. Aku sentiasa mengingatimu dalam doaku siang malam.


Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan berlaku adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan menyucikan kita daripada segala kesalahan.


“Aku masyghul, kerana Aku telah menjadikan Saul raja, kerana dia telah berbalik daripada Aku dan tidak melaksanakan firman-Ku.” Maka amat kesallah Samuel dan dia berseru-seru kepada TUHAN semalam-malaman.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan