Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 1:5 - Alkitab Versi Borneo

5 kataku, “Ya TUHAN, Allah semesta langit, Allah yang besar dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian-Nya serta kasih abadi-Nya terhadap orang yang mencintai-Nya dan menuruti segala perintah-Nya,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

5 “Ya TUHAN Allah penguasa di syurga! Engkau Allah yang agung, dan kami menghadap Engkau dengan penuh rasa takut. Engkau tetap setia memegang perjanjian-Mu dengan mereka yang mengasihi Engkau dan melakukan perintah-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

5 “Ya TUHAN Allah penguasa di syurga! Engkau Allah yang agung, dan kami menghadap Engkau dengan penuh rasa takut. Engkau tetap setia memegang perjanjian-Mu dengan mereka yang mengasihi Engkau dan melakukan perintah-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 1:5
18 Iomraidhean Croise  

Katanya, “Ya TUHAN, Allah Israel, tidak ada Allah yang seperti Engkau, baik di langit di atas mahupun di bumi di bawah. Engkau berpegang teguh pada perjanjian dan kasih abadi bagi hamba-hamba-Mu yang hidup di hadapan-Mu dengan segenap hati mereka.


Bangsa manakah di bumi ini seperti umat-Mu Israel, satu-satunya bangsa yang ditebus oleh Allah untuk menjadi umat-Nya? Engkau menegakkan nama bagi-Mu dengan melakukan hal-hal yang besar dan takjub di negeri-Mu dengan menghalau bangsa-bangsa dari hadapan umat-Mu yang Engkau tebus dari Mesir.


“Beginilah titah Kores, raja Parsi, ‘TUHAN, Allah semesta langit, mengurniakan segala kerajaan di bumi kepadaku dan Dia menugaskan aku untuk membina sebuah bait bagi-Nya di Yerusalem, di Tanah Yehuda.


Tanya raja kepadaku, “Apakah yang ingin kamu minta?” Aku berdoa kepada Allah semesta langit


Setelah kuamati, segeralah aku berkata kepada para bangsawan, para pemimpin, dan umat selebihnya, “Jangan takut kepada mereka. Ingatlah kepada Tuhan yang besar dan teramat hebat, dan berperanglah demi para saudaramu, anak-anakmu baik lelaki mahupun perempuan, isterimu, dan rumahmu.”


Mereka semua bermuafakat bersama untuk datang memerangi Yerusalem dan mengadakan huru-hara di sana.


Sekarang, ya Allah kami, Allah yang besar, perkasa, dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian dan kasih abadi, janganlah Kaupandang ringan segala kesusahan yang telah menimpa kami, raja kami, pemimpin kami, para imam kami, nabi kami, nenek moyang kami, dan seluruh umat-Mu sejak zaman raja-raja Asyur sampai hari ini.


Kerana TUHAN Yang Maha Tinggi amat menakjubkan, Dia Raja besar memerintah seluruh bumi!


Engkau memperdengarkan penghakiman dari syurga, bumi ketakutan lalu diam —


Kerana aku telah berkata, “Kasih-Mu akan kekal selama-lamanya, kesetiaan-Mu akan Kauteguhkan hingga ke langit.”


Engkau berkata, “Aku telah membuat perjanjian dengan orang yang Kupilih, Aku telah berjanji kepada hamba-Ku Daud,


Ya TUHAN, Allah alam semesta, siapakah yang berkuasa seperti-Mu? Ya TUHAN, kesetiaan-Mu juga di sekeliling-Mu.


Namun demikian, Aku menunjukkan kasih setia-Ku kepada keturunan yang keseribu dalam kalangan mereka yang mengasihi Aku dan yang taat berpegang teguh pada segala perintah-Ku.


Jadi, apabila kamu mendengar dan mentaati segala peraturan itu serta melakukannya dengan bersungguh-sungguh, maka TUHAN, Allahmu, akan berpegang teguh pada perjanjian dan kasih-Nya yang abadi, yang telah Dia sumpah kepada nenek moyangmu.


Janganlah gentar terhadap mereka kerana TUHAN, Allahmu, hadir di tengah-tengahmu. Dialah Allah yang besar dan teramat hebat.


Oleh sebab itu ketahuilah bahawa TUHAN, Allahmu, Dia Allah, Allah yang setia, yang berpegang teguh pada perjanjian, dan menunjukkan rahmat-Nya terhadap orang yang mengasihi-Nya serta yang berpegang teguh pada perintah-perintah-Nya, sampai beribu-ribu keturunan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan