Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 1:4 - Alkitab Versi Borneo

4 Sebaik sahaja mendengar perkataan itu, duduklah aku lantas menangis dan berkabung selama beberapa hari. Aku berpuasa dan berdoa di hadapan Allah semesta langit,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

4 Apabila aku mendengar semua itu, aku duduk dan menangis. Selama beberapa hari aku meratap dan tidak makan apa-apa. Aku berdoa kepada Allah,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

4 Apabila aku mendengar semua itu, aku duduk dan menangis. Selama beberapa hari aku meratap dan tidak makan apa-apa. Aku berdoa kepada Allah,

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 1:4
22 Iomraidhean Croise  

Daud pun memanjatkan permohonan kepada Allah demi anak itu sambil berpuasa. Dia masuk ke dalam dan berbaring di lantai semalam-malaman.


kerana hatimu bersedih dan engkau merendahkan diri di hadapan TUHAN ketika engkau mendengar apa yang Kufirmankan mengenai tempat ini dan mengenai penduduknya, bahawa mereka akan menjadi suatu kengerian dan kutukan, dan kerana engkau mengoyakkan pakaianmu serta menangis di hadapan-Ku, maka Aku mendengar engkau, demikianlah firman TUHAN.


Memang Salomo telah membuat mimbar gangsa yang sepanjang lima hasta, selebar lima hasta, dan setinggi tiga hasta. Dia meletakkan mimbar itu di tengah-tengah halaman, berdiri di atasnya, lalu berlutut di hadapan seluruh jemaah Israel sambil menadahkan tangannya ke langit.


“Beginilah titah Kores, raja Parsi, ‘TUHAN, Allah semesta langit, mengurniakan segala kerajaan di bumi kepadaku dan Dia menugaskan aku untuk membina sebuah bait bagi-Nya di Yerusalem, di Tanah Yehuda.


Sementara Ezra berdoa dan mengaku dosa, menangis dan bersujud di hadapan Rumah Allah, berkumpullah di sekelilingnya orang Israel yang terdiri daripada lelaki, perempuan, dan anak-anak dalam jumlah yang sangat besar. Umat itu pun menangis tersedu-sedu.


Apabila aku terdengar perkara itu, aku mengoyakkan pakaianku dan jubahku, dan aku merenggut-renggut rambut kepalaku dan janggutku, lalu aku duduk dalam keadaan tertegun.


Pada waktu persembahan petang, aku bangkit dan berhenti merendahkan diri. Lalu dengan pakaian dan jubah terkoyak, aku sujud bertelut dan menadahkan tangan kepada TUHAN, Allahku.


Aku menjawab mereka dengan berkata, “Allah semesta langit, Dialah yang akan membuat kami berhasil. Kami, para hamba-Nya, akan bangkit dan siap untuk membina semula. Tetapi kamu tidak mempunyai bahagian atau hak atau sesuatu pun yang akan membuat kamu diingat di Yerusalem.”


Tanya raja kepadaku, “Apakah yang ingin kamu minta?” Aku berdoa kepada Allah semesta langit


Maka bangsa-bangsa akan takut kepada nama TUHAN, dan raja-raja dunia gentar akan kemuliaan-Mu.


Bersyukurlah kepada Allah di syurga, kasih-Nya kekal selama-lamanya.


Di tebing sungai-sungai Babel, di sanalah kami duduk dan menangis ketika mengenang Sion.


Pada waktu itu, aku, Daniel, sedang berkabung selama tiga minggu penuh.


Dia menyuruh mereka memohon rahmat daripada Allah semesta langit sehubungan dengan rahsia itu, supaya Daniel dan teman-temannya tidak turut dibinasakan dengan orang bijak yang lain di Babel.


Lalu aku menumpukan hati kepada Tuhan Allah dengan berikhtiar dalam doa dan permohonan sambil berpuasa serta mengenakan kain perkabungan dan abu.


Jawab Yunus, “Aku orang Ibrani. Aku takut kepada TUHAN, Allah semesta langit, yang menjadikan lautan dan daratan.”


“Aku akan mengumpulkan umat yang berasal daripadamu, yang pilu mengenangkan hari perayaan yang telah menanggung beban celaan.


Bergembiralah dengan orang yang bergembira, dan menangislah dengan orang yang menangis.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan