Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 1:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Kata mereka kepadaku, “Saki-baki orang yang masih tinggal di wilayah sana, yang terselamat setelah pembuangan berada dalam kesusahan besar dan dalam keadaan tercela. Apatah lagi, tembok Yerusalem telah dirobohkan dan pintu-pintu gerbangnya musnah dijilat api.”

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Mereka menceritakan bahawa orang bekas buangan yang sudah balik ke tanah air, kini hidup sengsara dan dihina oleh bangsa-bangsa asing yang tinggal di sekitar mereka. Lagipun tembok Yerusalem masih reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya belum diperbaiki sejak dibakar pada masa lampau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Mereka menceritakan bahawa orang bekas buangan yang sudah balik ke tanah air, kini hidup sengsara dan dihina oleh bangsa-bangsa asing yang tinggal di sekitar mereka. Lagipun tembok Yerusalem masih reruntuhan, dan pintu-pintu gerbangnya belum diperbaiki sejak dibakar pada masa lampau.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 1:3
33 Iomraidhean Croise  

maka Aku akan menyingkirkan orang Israel dari tanah yang telah Kukurniakan kepada mereka, dan bait yang telah Kusucikan bagi nama-Ku itu akan Kubuang daripada hadirat-Ku. Antara segala bangsa jua Israel akan menjadi suatu ibarat dan sindiran.


Kemudian seluruh pasukan orang Kasdim yang menyertai ketua pasukan pengawal itu merobohkan tembok di sekeliling Yerusalem.


Mereka membakar Rumah Allah dan merobohkan tembok Yerusalem. Semua purinya dibakar habis dan segala alat kelengkapannya yang berharga dimusnahkan.


Inilah warga wilayah Yehuda yang pulang dari tempat penawanan, iaitu warga yang dahulunya dibuang negeri ke Babel oleh Nebukadnezar, raja Babel. Mereka kembali ke Yerusalem serta ke Tanah Yehuda, ke kota masing-masing.


Semoga Raja maklum bahawa kami telah pergi ke wilayah Yehuda, ke Bait Allah Yang Maha Besar. Bait itu sedang dibina dengan batu yang besar-besar, dan tembok-temboknya dilapisi dengan kayu. Pekerjaan itu dikerjakan dengan saksama dan berjalan lancar dalam tangan mereka.


Inilah daftar ketua wilayah yang tinggal di Yerusalem, sementara orang Israel lainnya, para imam, bani Lewi, para hamba Bait Allah, dan keturunan para hamba Salomo tinggal di kota-kota Yehuda, iaitu di tanah milik masing-masing, di kota mereka sendiri.


Pada waktu malam aku keluar melalui Pintu Gerbang Lembah ke arah Air Pancut Naga dan ke Pintu Gerbang Sampah. Aku memeriksa tembok-tembok Yerusalem yang roboh serta pintu-pintu gerbangnya yang hangus dijilat api.


Aku berkata kepada mereka, “Kamu lihat kesusahan yang kita alami, bagaimana Yerusalem rosak dan pintu-pintu gerbangnya hangus dijilat api. Mari kita bina semula tembok Yerusalem supaya kita tidak lagi menjadi bahan cacian.”


Kataku kepada raja, “Hidup raja selama-lamanya! Bagaimanakah muka hamba tidak murung sedangkan kota tempat pemakaman nenek moyang hamba telah rosak dan pintu-pintu gerbangnya hangus dijilat api?”


Inilah warga wilayah Yehuda yang pulang dari tempat penawanan, iaitu warga yang dahulunya dibuang oleh Nebukadnezar, raja Babel. Mereka kembali ke Yerusalem serta ke Tanah Yehuda, ke kota masing-masing.


Peristiwa ini berlaku pada zaman Ahasyweros yang memerintah seratus dua puluh tujuh buah wilayah, dari India hingga Ethiopia.


Kami telah menjadi bahan celaan negeri-negeri jiran, sasaran bagi cemuhan dan ejekan mereka yang di sekeliling kami.


Seperti kota terbongkar yang tidak punya tembok, demikianlah orang yang tidak mengawal dirinya.


Oleh sebab itu Aku akan menista para pemimpin tempat suci, Aku akan menyerahkan Yakub untuk dimusnah dan Israel untuk dihina.”


Maka sekarang Aku mahu memberitahu kamu apa yang hendak Kulakukan terhadap kebun anggur-Ku: Aku akan membuang pagarnya sehingga kebun itu dimakan habis. Aku hendak membongkar temboknya sehingga kebun itu diinjak-injak.


Aku akan membuat mereka menjadi kengerian dan kesusahan bagi segala kerajaan di bumi, menjadi cela dan ibarat, menjadi sindiran dan kutukan di semua tempat Aku menghalau mereka.


Aku akan mengejar mereka dengan pedang, bencana kebuluran, dan wabak penyakit. Akan Kubuat mereka menjadi kengerian bagi segala kerajaan di bumi, menjadi kutukan, kengerian, cemuhan, dan celaan dalam kalangan bangsa tempat Aku menghalau mereka,


Orang Kasdim membakar habis istana raja dan rumah rakyat serta merobohkan tembok-tembok Yerusalem.


Beginilah firman TUHAN alam semesta, Allah Israel, ‘Sebagaimana murka-Ku dan amarah-Ku dicurahkan ke atas penduduk Yerusalem, demikianlah amarah-Ku akan dicurahkan ke atas kamu apabila kamu pergi ke Mesir. Kamu akan menjadi kutukan, kengerian, sumpahan, dan celaan. Kamu tidak akan melihat tempat ini lagi.’


Datanglah ke kebun anggurnya, musnahkannyalah, tetapi jangan hapuskannya sama sekali. Singkirkanlah carang-carangnya, kerana semua itu bukan milik TUHAN.


Kemudian seluruh pasukan orang Kasdim yang menyertai ketua pasukan pengawal itu merobohkan tembok di sekeliling Yerusalem.


Pada masa kesusahannya dan pengembaraannya, teringatlah Yerusalem akan segala barang berharga yang dimilikinya sejak zaman dahulu. Ketika penduduknya jatuh ke tangan musuh, tiada seorang pun yang membantunya. Para lawannya memandangnya dan mentertawakan kehancurannya.


Pintu-pintu gerbangnya terbenam di dalam bumi, dirobohkan-Nya juga palang-palang pintunya. Raja berserta para penguasanya terbuang antara bangsa-bangsa. Hukum Taurat tidak diajarkan lagi, bahkan para nabinya tidak lagi menerima wahyu daripada TUHAN.


Engkau telah mendengar ejekan mereka, ya TUHAN, segala rancangan jahat mereka terhadapku,


Ingatlah, ya TUHAN, apa yang terjadi atas kami, pandanglah dan lihatlah keaiban kami.


Kota-kota rayamu akan Kujadikan reruntuhan dan tempat-tempat sucimu akan Kubinasakan. Aku tidak mahu lagi menghidu keharuman persembahanmu.


Akan Kuserakkan kamu antara kalangan bangsa itu dan akan Aku menghunuskan pedang mengejar kamu. Negerimu akan menjadi sunyi sepi dan kota-kotamu akan menjadi reruntuhan.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan