Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 1:2 - Alkitab Versi Borneo

2 datanglah Hanani, salah seorang saudaraku, bersama-sama beberapa orang dari Yehuda. Aku bertanya kepada mereka tentang orang Yahudi yang berjaya bolos, yang terselamat setelah pembuangan mereka, dan tentang Yerusalem.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

2 Pada masa itu, saudaraku Hanani, tiba dari Yehuda bersama dengan beberapa orang lain. Aku bertanya kepada mereka tentang keadaan di Yerusalem dan tentang sesama orang Yahudi yang sudah balik dari pembuangan di Babilonia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

2 Pada masa itu, saudaraku Hanani, tiba dari Yehuda bersama dengan beberapa orang lain. Aku bertanya kepada mereka tentang keadaan di Yerusalem dan tentang sesama orang Yahudi yang sudah balik dari pembuangan di Babilonia.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 1:2
12 Iomraidhean Croise  

Lembah Sidim penuh dengan lubang tar dan ketika raja-raja Sodom dan Gomora melarikan diri ke Lembah Sidim, ada beberapa daripada mereka yang terperosok ke dalam lubang-lubang tar itu manakala yang masih hidup melarikan diri ke pergunungan.


Dia membuang seluruh penduduk Yerusalem, semua panglima, dan semua kesateria yang gagah perkasa, juga semua tukang dan pandai besi — sepuluh ribu orang jumlahnya. Tidak ada yang ditinggalkan, kecuali orang miskin dalam kalangan rakyat negeri itu.


Tetapi dia meninggalkan beberapa orang yang termiskin di negeri itu untuk dijadikan pemelihara kebun anggur dan peladang.


patutkah kami melanggar perintah-Mu lagi dan berkahwin dengan bangsa-bangsa yang mengamalkan perbuatan-perbuatan keji ini? Tidakkah Engkau akan marah kepada kami sehingga kami dihabiskan tanpa ada lagi yang tersisa atau terselamat?


Aku menugaskan Hanani, saudaraku, untuk mengawasi Yerusalem, bersama-sama Hananya, panglima puri. Hanani seorang takut kepada Allah yang boleh dipercayai melebihi ramai orang lain.


Daripada saki-baki orang Yehuda yang telah pergi ke Tanah Mesir untuk tinggal sebagai pendatang di sana tidak ada yang akan terselamat atau tertinggal untuk kembali ke Tanah Yehuda, meskipun mereka rindu untuk kembali dan tinggal di sana. Sungguh, mereka tidak akan kembali, kecuali beberapa orang yang terselamat.”


Orangmu yang terselamat itu akan mengingat Aku di antara bangsa-bangsa tempat mereka ditawan, bagaimana Aku didukacitakan oleh hati mereka yang berbuat kafir dengan menjauh daripada-Ku, dan oleh mata mereka yang berbuat kafir dengan mengikuti berhala-berhala mereka. Mereka akan berasa muak pada diri mereka sendiri kerana kejahatan dan kekejian yang dilakukan mereka.


Kalau ada pelarian yang terselamat daripada kalangan mereka, mereka ini akan tinggal di gunung-gunung seperti burung merpati di lembah-lembah. Semua mengerang kerana kesalahan masing-masing.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan