Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 1:11 - Alkitab Versi Borneo

11 Ya Tuhan, semoga telinga-Mu mendengar doa hamba-Mu ini dan doa para hamba-Mu yang rela menghormati nama-Mu. Berikanlah kejayaan kepada hamba-Mu hari ini dan kurniakanlah belas ihsan kepadanya di hadapan orang ini.” Pada waktu itu aku menjadi jururasa santapan raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

11 Oleh itu, dengarkanlah doaku dan doa hamba-hamba-Mu yang lain, yang hendak menghormati Engkau. Berikanlah pertolongan-Mu supaya pada hari ini hamba-Mu berjaya mendapat belas kasihan daripada raja.” Pada masa itu, aku pengurus minuman raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

11 Oleh itu, dengarkanlah doaku dan doa hamba-hamba-Mu yang lain, yang hendak menghormati Engkau. Berikanlah pertolongan-Mu supaya pada hari ini hamba-Mu berjaya mendapat belas kasihan daripada raja.” Pada masa itu, aku pengurus minuman raja.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 1:11
27 Iomraidhean Croise  

Pada hari ini aku sampai ke mata air itu. Lalu aku berkata, ‘Ya TUHAN, Allah tuanku Abraham, berkenanlah membuat perjalanan yang kutempuh ini berhasil.


Namun demikian, lepaskanlah aku daripada tangan Esau, abangku, kerana aku takut kepadanya, jangan-jangan dia datang untuk menyerang aku serta para ibu dengan anak-anak mereka.


Kata lelaki itu, “Kini namamu bukan lagi Yakub tetapi Israel, kerana kamu sudah berjaya bergelut dengan Allah dan dengan manusia.”


Tidak lama sesudah peristiwa-peristiwa itu, jururasa santapan dan pembuat roti raja Mesir melakukan kesalahan terhadap tuan mereka, raja Mesir.


Maka murkalah Firaun kepada kedua-dua orang pegawai istananya itu, iaitu kepada ketua jururasa santapan serta ketua pembuat rotinya.


Kemudian dia memulihkan kedudukan ketua jururasa santapan, maka dapatlah dia kembali mempersembahkan cawan kepada tangan Firaun.


Namun begitu, ketua jururasa santapan tidak teringat akan Yusuf, malah dia melupakannya.


Maka berkatalah ketua jururasa santapan kepada Firaun, “Hari ini hamba teringat kesalahan hamba.


Kiranya Allah Yang Maha Kuasa menganugerahi aku belas kasihan di hadapan orang itu semoga dia melepaskan saudaramu yang lain itu dan juga Benyamin. Bagi diriku, sekiranya aku harus kehilangan anak-anakku, biarlah aku mengalami kehilangan itu.”


Sekarang, ya Allahku, biarlah mata-Mu terbuka dan telinga-Mu mendengar doa yang dipanjatkan di tempat ini:


Pada tahun pertama zaman pemerintahan Kores, raja Parsi, TUHAN menggerakkan hati Kores, raja Parsi itu, untuk memenuhi firman TUHAN yang disampaikan oleh Yeremia. Lantas raja itu menulis perisytiharan dan menyiarkannya di seluruh kerajaannya. Demikianlah bunyinya:


Ezra berangkat pulang dari Babel. Dia seorang ahli Kitab Suci, mahir dalam Kitab Suci Taurat yang diberikan TUHAN, Allah Israel, melalui Musa. Segala permintaannya diluluskan oleh raja kerana tangan TUHAN, Allahnya, menaunginya.


semoga telinga-Mu mendengar dan mata-Mu terbuka untuk mendengar doa hamba-Mu yang sekarang kupanjatkan di hadapan-Mu siang dan malam bagi orang Israel, para hamba-Mu. Aku mengaku bahawa kami, orang Israel, termasuk aku dan seisi keluargaku, telah berdosa terhadap Engkau.


Maka pada bulan Nisan dalam tahun kedua puluh pemerintahan Raja Artahsasta, aku mengangkat air anggur yang tersaji di hadapan baginda dan menyampaikannya kepada raja. Belum pernah aku kelihatan murung di hadapan baginda,


juga sepucuk surat untuk Asaf, pengawas hutan raja, supaya dia memberi hamba kayu untuk membuat segala galang bagi pintu-pintu gerbang puri Bait Suci, bagi tembok kota, dan bagi rumah yang akan hamba diami.” Raja mengabulkan permintaanku kerana tangan Allahku yang baik menaungi aku.


Dia juga menyebabkan mereka dikasihani oleh semua yang membawa mereka pergi sebagai orang tawanan.


Tuhan, dengarlah suaraku. Berilah perhatian-Mu kepada suara permohonanku.


Kerana Engkau, ya Allah, telah mendengar segala janjiku; Engkau telah memberiku warisan mereka yang takut akan nama-Mu.


Dengarlah, ya TUHAN, doaku; dan berilah perhatian kepada suara permohonanku.


Mereka benci akan pengetahuan dan tidak memilih supaya takut kepada TUHAN.


Hati raja seumpama anak sungai di dalam tangan TUHAN, dialirkan-Nya ke mana sahaja Dia kehendaki.


Aku akan mengurniakan rahmat kepadamu, sehingga dia akan mengasihani kamu dan membiarkan kamu kembali ke tanah airmu.’


Kemudian orang yang takut kepada TUHAN berbicara antara satu sama lain. TUHAN memperhatikan dan mendengarkannya, lalu sebuah kitab peringatan ditulis di hadapan-Nya bagi orang yang takut kepada TUHAN dan yang memuliakan nama-Nya.


Doakanlah kami; kerana kami yakin hati nurani kami bersih, ingin hidup bermaruah dalam segala hal.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan