Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Nehemia 1:10 - Alkitab Versi Borneo

10 Mereka ini ialah para hamba-Mu dan umat-Mu yang telah Kautebus dengan kuasa-Mu yang besar dan dengan kekuatan-Mu.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

10 Ya Tuhan, mereka ini hamba-Mu, umat-Mu sendiri. Engkau sudah menyelamatkan mereka dengan kuasa dan kekuatan-Mu yang besar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

10 Ya Tuhan, mereka ini hamba-Mu, umat-Mu sendiri. Engkau sudah menyelamatkan mereka dengan kuasa dan kekuatan-Mu yang besar.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Nehemia 1:10
17 Iomraidhean Croise  

dengan tangan yang perkasa, dan lengan yang terhulur; kasih-Nya kekal selama-lamanya;


Ingatlah jemaah-Mu yang telah Kaubeli dahulu, suku warisan-Mu, yang telah Kautebus — Bukit Sion ini, yang telah Kaudiami.


Perbenaran dan keadilan adalah asas takhta-Mu; kasih dan kesetiaan berjalan di hadapan-Mu.


Nanti, pada kemudian hari kelak anakmu bertanya kepadamu, ‘Apakah ertinya ini?’ maka kamu harus mengatakan kepadanya, ‘Dengan kekuatan tangan-Nya, TUHAN telah membawa kami keluar dari Mesir, dari tempat perhambaan.


Hal itu harus menjadi tanda pada tanganmu dan menjadi lambang di dahimu, kerana dengan kekuatan tangan-Nya TUHAN telah membawa kita keluar dari Mesir.”


Lalu berpesanlah Musa kepada orang Israel, “Peringatilah hari ini iaitu hari apabila kamu keluar dari Mesir, dari tempat perhambaan, kerana dengan kuasa tangan-Nya TUHAN telah membawa kamu keluar dari sana maka sesuatu apa-apa pun yang beragi tidak boleh kamu makan.


Perayaan itu akan menjadi satu peringatan bagimu — seperti tanda pada tanganmu dan peringatan pada dahimu — supaya hukum TUHAN ada di bibirmu, kerana TUHAN telah membawa kamu keluar dari Mesir dengan tangan yang kuat.


Dengan kasih abadi-Mu Engkau memimpin umat yang telah Kautebus. Dengan kekuatan-Mu Engkau membimbing mereka ke tempat kediaman-Mu yang suci.


Namun demikian, Musa memohon belas kasihan TUHAN, Allahnya. Dia berkata, “Ya TUHAN, mengapakah murka-Mu menyala terhadap umat-Mu yang Engkau bawa keluar dari Tanah Mesir dengan kuasa yang besar dan dengan tangan yang kuat?


Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Musa, “Sekarang kamu akan melihat apa yang akan Kulakukan terhadap Firaun, kerana hanya setelah dipaksa oleh tangan yang kuat barulah dia akan mengizinkan orang Israel pergi. Ya, dengan dipaksa oleh tangan yang kuat barulah dia akan mengusir mereka dari tanahnya.”


Maka katakanlah kepada orang Israel, ‘Akulah TUHAN. Aku akan membebaskan kamu daripada beban kerahan kerja paksa oleh warga Mesir. Aku akan melepaskan kamu daripada perhambaan mereka, dan menebus kamu dengan lengan yang terhulur dan hukuman yang besar.


Aku akan mengangkat kamu menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Allahmu. Kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN, Allahmu, yang membebaskan kamu daripada beban kerahan kerja paksa oleh warga Mesir.


Janganlah murka sedemikian hebat, ya TUHAN, dan janganlah mengingati kesalahan kami untuk selama-lamanya. Oh, semoga pandanglah, kami semua ialah umat-Mu.


Ingatlah bahawa engkau pun dahulu hamba di Tanah Mesir, lalu TUHAN, Allahmu, menebus kamu. Itulah sebabnya aku memerintahkan hal itu kepadamu pada hari ini.


Mereka ialah umat-Mu dan harta pusaka-Mu, yang Kaubawa keluar dengan kekuatan-Mu yang besar dan lengan-Mu yang terhulur.’


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan