Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:9 - Alkitab Versi Borneo

9 Aku akan menanggung murka TUHAN, kerana aku telah berdosa terhadap-Nya, sampai Dia memperjuangkan perkaraku dan menegakkan keadilan bagiku. Dia akan membawa aku keluar kepada cahaya. Aku akan melihat keadilan-Nya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

9 Kita telah berdosa terhadap TUHAN. Oleh itu kita harus menanggung kemurkaan-Nya untuk sementara waktu. Tetapi akhirnya Dia akan membela kita dan memberikan keadilan kepada kita. Dia akan membawa kita keluar kepada cahaya, dan kita akan mengalami penyelamatan TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

9 Kita telah berdosa terhadap TUHAN. Oleh itu kita harus menanggung kemurkaan-Nya untuk sementara waktu. Tetapi akhirnya Dia akan membela kita dan memberikan keadilan kepada kita. Dia akan membawa kita keluar kepada cahaya, dan kita akan mengalami penyelamatan TUHAN.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:9
36 Iomraidhean Croise  

Ketika Daud melihat malaikat yang mengajar umat itu, dia pun berkata kepada TUHAN, “Sesungguhnya, aku telah berdosa dan telah melakukan kesalahan. Tetapi domba-domba ini, apakah yang telah dilakukan mereka? Biarlah tangan-Mu melawan aku dan kaum keluargaku.”


Namun begitu, Dia tahu tentang jalan yang kuambil. Setelah Dia menguji aku, aku akan keluar seperti emas.


Apa lagi ketika engkau berkata bahawa engkau tidak melihat-Nya, bahawa perkaramu sudah ada di hadapan-Nya, tetapi engkau masih menanti-nantikan Dia.


Belalah dan tebuslah aku; pulihkanlah hidupku menurut janji-Mu.


Dia akan menyatakan perbenaranmu seterang cahaya, dan keadilanmu seterang matahari tengah hari.


Pertahankan kebenaranku, ya Allah, dan sokong perjuanganku menentang bangsa yang mungkar; selamatkanlah aku daripada manusia yang dusta dan zalim.


Bangkitlah, ya TUHAN, dalam kemarahan-Mu; bangkit melawan keberangan para musuhku. Jagalah, ya TUHAN; firmankan keadilan.


Tetapi penghakiman akan kembali kepada keadilan, dan semua yang tulus hati akan menurutnya.


Aku akan memimpin orang buta di jalan yang belum diketahui mereka. Aku akan membimbing mereka di lorong-lorong yang belum mereka ketahui. Aku akan mengubah kegelapan menjadi cahaya di hadapan mereka dan jalan yang berliku-liku menjadi lurus. Hal-hal itulah yang akan Kulakukan bagi mereka. Aku tidak akan meninggalkan mereka.”


untuk mencelikkan mata orang buta, untuk mengeluarkan orang tahanan dari kurungan, dan orang yang duduk dalam kegelapan dari penjara.


Aku akan mendekatkan perbenaran-Ku, itu tidak akan jauh lagi. Penyelamatan daripada Aku tidak akan bertangguh lagi. Aku akan mengurniakan penyelamatan di Sion dan kemuliaan-Ku kepada Israel.”


Beginilah firman Tuhanmu TUHAN, Allahmu yang memperjuangkan perkara umat-Nya, “Lihat, Aku telah mengambil dari tanganmu cawan yang memabukkan itu, isi cawan murka-Ku. Engkau tidak akan meminumnya lagi.


Beginilah firman TUHAN, “Peganglah teguh keadilan dan lakukanlah yang benar, kerana penyelamatan daripada-Ku sudah hampir tiba dan kebenaran-Ku akan dinyatakan.


Malangnya aku kerana lukaku! Cederaku berat! Aku berkata, “Sesungguhnya, inilah kesakitan yang harus kutanggung.”


Sekalipun kesalahan-kesalahan kami bersaksi menentang kami, bertindaklah demi nama-Mu, ya TUHAN, kerana banyak kemurtadan kami. Kami telah berdosa terhadap-Mu.


TUHAN telah membuat kebenaran kita nyata. Mari kita ceritakan di Sion perbuatan TUHAN, Allah kita.


“TUHAN itulah yang benar; aku telah menderhaka terhadap firman-Nya. Dengarlah kiranya, wahai segala bangsa, dan lihatlah penderitaanku. Para perawanku dan para pemudaku pergi sebagai tawanan.


sehingga Aku pun melawan mereka serta membawa mereka ke negeri para musuh mereka; atau jika kemudian hati mereka yang tidak bersunat itu merendah dan mereka menerima hukuman,


Maka kamu akan kembali melihat perbezaan antara orang benar dengan orang yang fasiq, antara orang yang beribadat kepada Allah dengan orang yang tidak beribadat kepada-Nya.”


Oleh itu, janganlah menghakimi seseorang sama ada dia bersalah atau tidak sebelum sampai waktunya. Tunggulah hingga Tuhan datang kembali dan mendedahkan segala rahsia yang diselubungi kegelapan, segala niat yang terpendam dalam hati manusia. Ketika itulah setiap orang akan mendapat penilaian yang sewajarnya daripada Allah.


Sekarang mahkota perbenaran telah disediakan untukku. Tuhan, Hakim yang adil itu, akan mengurniakannya kepadaku pada Hari itu, bukan kepadaku sahaja, tetapi kepada semua orang yang merindu kedatangan-Nya.


Bergembiralah melihat keadaannya, wahai syurga dan sekalian orang salih, para rasul serta nabi yang suci, kerana Allah telah menghukumnya kerana perbuatannya terhadapmu!


Oleh sebab itu semoga TUHAN menjadi hakim dan memutuskan perkara antara hamba dengan tuanku. Semoga Dia menyaksikan, membela perkara hamba, dan membebaskan hamba daripada tangan tuanku.”


Apabila Daud mendengar bahawa Nabal sudah mati, berkatalah dia, “Segala puji bagi TUHAN, yang telah membela aku dalam perkara penghinaan Nabal terhadap aku, dan yang telah mencegah hamba-Nya daripada melakukan kejahatan. TUHAN telah melantun balik kejahatan Nabal kepada dirinya sendiri.” Lalu Daud mengutus orang untuk berbicara dengan Abigail perihal maksud Daud melamar dia untuk menjadi isterinya.


Kata Daud lagi, “Demi TUHAN yang hidup, TUHAN sendirilah yang akan mengajar dia. Mungkin akan tiba ajalnya dan dia mati, atau dia ke medan perang lalu tumpas.


Maka Samuel memberitahu kepadanya segala hal itu tanpa menyembunyikan apa-apa. Kata Eli, “Dialah TUHAN. Biarlah Dia melakukan apa yang dipandang baik oleh-Nya.”


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan