Mikha 7:8 - Alkitab Versi Borneo8 Janganlah bergembira atas aku, wahai musuhku. Sekalipun aku jatuh, aku akan bangun pula. Sekalipun aku duduk dalam kegelapan, TUHAN akan menjadi cahaya bagiku. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)8 Musuh kita tidak mempunyai alasan untuk bersukacita atas kejatuhan kita. Walaupun kita jatuh, tetapi kita akan bangkit semula. Sekarang kita berada dalam kegelapan, tetapi TUHAN akan menerangi kita. Faic an caibideilAlkitab Berita Baik8 Musuh kita tidak mempunyai alasan untuk bersukacita atas kejatuhan kita. Walaupun kita jatuh, tetapi kita akan bangkit semula. Sekarang kita berada dalam kegelapan, tetapi TUHAN akan menerangi kita. Faic an caibideil |
ya, beginilah firman Tuhan ALLAH, ‘Sesungguhnya, dalam api kecemburuan-Ku Aku berfirman menentang sisa bangsa-bangsa dan menentang seluruh Edom. Dengan segala kegembiraan hati dan penghinaan, tanah-Ku ditentukan mereka untuk menjadi milik mereka, sehingga padang ragut tanah-Ku itu menjadi rampasan.’
Menggeliatlah dan mengejanlah, wahai puteri Sion, seperti perempuan yang mengalami sakit pelahiran, kerana sekarang engkau harus keluar dari kota dan berdiam di padang. Engkau harus pergi sampai ke Babel, di sanalah engkau akan diselamatkan, di sanalah engkau akan ditebus TUHAN daripada tangan para musuhmu.