Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:7 - Alkitab Versi Borneo

7 Tetapi bagiku, aku akan menengadah kepada TUHAN. Aku akan berharap kepada Tuhan, Penyelamatku. Allahku akan mendengar aku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

7 Tetapi aku akan menantikan TUHAN; aku akan berharap kepada Allah yang akan menyelamatkan aku. Allahku akan mendengar doaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

7 Tetapi aku akan menantikan TUHAN; aku akan berharap kepada Allah yang akan menyelamatkan aku. Allahku akan mendengar doaku.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:7
33 Iomraidhean Croise  

Aku menantikan pembebasan daripada-Mu, ya TUHAN.


Sebagai balasan kasihku mereka menjadi pendakwaku, namun aku menumpukan diriku kepada berdoa.


Aku menantikan TUHAN, jiwaku menanti, dan kepada firman-Nya kusandarkan harapan.


bimbinglah aku kepada kebenaran-Mu dan ajarlah aku, kerana Engkaulah Allah Penyelamatku, Engkau kunantikan sepanjang waktu.


Sandarkan hatimu kepada TUHAN dan sabarlah menanti tindakan-Nya; jangan gusar kerana ada yang makmur mengikut jalan sendiri, kerana ada yang menjayakan rancangan zalim.


Kepada-Mu, ya TUHAN, aku berharap; Engkau akan mendengar, ya Tuhan, Allahku.


berdoalah kepada-Ku pada masa kesusahan; Aku akan menyelamatkanmu, dan kamu akan memuliakan-Ku.”


Engkau yang mendengar doa, semua manusia akan datang kepada-Mu.


Akan marahkah Engkau kepada kami selama-lamanya? Akan Kauteruskankah kemarahan-Mu turun-temurun?


Sesungguhnya, Allah ialah penyelamatanku. Aku percaya dan tidak gentar, kerana TUHAN ALLAH sajalah, kekuatanku dan puji-pujianku. Dia telah menjadi penyelamatanku.”


Pada hari itu orang akan memandang Penciptanya, dan matanya akan memperhatikan Yang Maha Suci, Allah Israel.


Pada waktu itu orang akan berkata, “Sesungguhnya, inilah Allah kita. Kita sudah menantikan Dia, dan Dia menyelamatkan kita! Inilah TUHAN. Kita sudah menantikan Dia! Mari kita bergembira dan bersukacita dalam penyelamatan yang dikurniakan-Nya!”


Berpalinglah kepada-Ku dan biarlah kamu diselamatkan, wahai segala hujung bumi, kerana Akulah Allah dan tidak ada yang lain.


Aku hendak menanti-nantikan TUHAN yang menyembunyikan hadirat-Nya daripada keturunan kaum Yakub. Aku hendak berharap kepada-Nya.


“TUHAN ialah Pusakaku,” kata jiwaku, “sebab itu aku berharap kepada-Nya.”


Kalau harus demikian, maka Allah yang kami sembah sanggup melepaskan kami dari dapur api yang menyala-nyala itu, dan Dia akan melepaskan kami daripada tangan Tuanku Raja.


“Engkau harus kembali kepada Allahmu. Berpegang teguhlah pada kasih dan keadilan, dan sentiasa tunggulah Allahmu.”


Kepada-Mu, ya TUHAN, aku berseru kerana api telah melahap padang-padang rumput di gurun. Nyala api telah menghanguskan segala pokok di padang.


Aku akan berdiri di tempat kawalanku dan mengambil tempat di atas kubu. Aku mahu meninjau untuk melihat apa yang akan difirmankan-Nya kepadaku dan apa yang harus kujawab apabila Dia menghujah pengaduanku.


Memang penglihatan itu masih menanti waktu pernyataannya, tetapi akan segera menuju kesudahannya tanpa berdusta. Kalaupun tampak seperti lambat, tetap nantikannya, kerana pasti akan ternyatanya juga dan tidak akan berlengah.


Akan tetapi, jika perempuan itu tidak menajiskan diri dan tetap suci, maka dia akan bebas daripada kutukan itu dan dapat mempunyai anak kelak.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan