Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:6 - Alkitab Versi Borneo

6 Anak laki-laki menghina ayahnya, anak perempuan bangkit melawan ibunya, menantu perempuan melawan ibu mertuanya. Musuh seseorang ialah ahli keluarga rumahnya sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

6 Pada zaman ini anak lelaki menghina bapa mereka; anak perempuan melawan ibu mereka. Menantu perempuan bergaduh dengan ibu mentua mereka. Musuh seseorang ialah anggota keluarganya sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

6 Pada zaman ini anak lelaki menghina bapa mereka; anak perempuan melawan ibu mereka. Menantu perempuan bergaduh dengan ibu mentua mereka. Musuh seseorang ialah anggota keluarganya sendiri.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:6
24 Iomraidhean Croise  

Kamu, yang meluap seperti air, tidak lagi menjadi yang terunggul, kerana kamu telah menaiki peraduan ayahmu, kemudian menodainya. Dia telah menaiki tempat tidurku!


Kata Daud pula kepada Abisai dan kepada semua pegawainya, “Anak kandungku sendiri pun mengancam nyawaku, apatah lagi sekarang orang Benyamin ini. Biarkanlah dia, dan biarkan dia mengutuk, kerana TUHAN telah menyuruhnya demikian.


Sampaikan sahabat karibku yang kupercayai, yang makan bersama di rumahku, telah berpaling menentangku.


Ada keturunan yang mengutuk ayahnya dan tidak memohonkan berkat bagi ibunya.


Mata yang mengolok-olokkan ayah dan mencemuh bimbingan si ibu akan dicungkil oleh burung gagak dari lembah dan dimakan oleh anak-anak rajawali.


Bangsa itu akan saling menindas, seorang terhadap seorang, satu terhadap yang lain. Anak-anak akan berlaku kurang ajar terhadap orang tua, dan orang hina menentang orang mulia.


Oleh murka TUHAN alam semesta, negeri itu hangus, dan bangsa itu menjadi seperti bahan bakar untuk api. Tiada seorang pun menyayangkan saudaranya.


Malah para saudaramu dan kaum keluargamu sendiri — mereka mengkhianati engkau, mereka berseru kuat-kuat di belakangmu. Jangan percayai mereka, sekalipun mereka berbicara manis kepadamu.


Aku mendengar banyak bisikan orang: “Kegentaran dari segala jurusan! Adukanlah dia! Kami pun mahu mengadukannya!” Semua sahabat karibku menunggu kejatuhanku, “Mudah-mudahan dia terperdaya, sehingga kami dapat mengalahkan dia dan membalas dia.”


“Biarlah setiap orang berjaga-jaga terhadap kawannya dan tidak mempercayai saudara mana-mana pun, kerana setiap saudara akan saling memperdaya dan setiap kawan akan pergi ke sana ke mari sebagai pemfitnah.


ayah dan ibu dipandang rendah. Orang melakukan pemerasan terhadap pendatang di tengah-tengahmu, anak yatim dan balu ditindas.


Semua rakan sekutumu akan mengusir kamu ke perbatasan. Dan kamu akan diperdayakan oleh mereka yang berdamai denganmu. Malah kalangan yang makan sehidangan dengan kamu turut berusaha memerangkap kamu. Tidak ada pengertian padanya.


Saudara akan berlaku khianat terhadap saudara, bapa terhadap anak, dan anak terhadap ibu bapa, lalu menyerahkan mereka untuk dibunuh.


Yesus menjawab, “Orang yang mencecahkan tangannya bersama-Ku ke dalam bekas akan mengkhianati-Ku.


Bapa melawan anak lelakinya dan anak lelaki melawan bapanya, ibu melawan anak perempuannya dan anak perempuan melawan ibunya, ibu mertua melawan menantu perempuannya serta menantu perempuan melawan ibu mertuanya.”


Kamu akan dikhianati oleh ibu bapamu, adik-beradikmu, sanak saudaramu dan sahabat handaimu. Mereka akan membunuh beberapa orang antara kamu


Apa yang Kukatakan itu bukanlah tentang kesemua kamu. Aku mengenal setiap orang yang telah Kupilih. Tetapi apa yang tersurat dalam Kitab Suci pastilah terlaksana, ‘Orang yang makan bersama-Ku telah berpaling menentang-Ku.’


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan