Biblia Todo Logo
Bìoball air-loidhne

- Sanasan -




Mikha 7:3 - Alkitab Versi Borneo

3 Kedua-dua belah tangan mereka terampil berbuat jahat, para pembesar meminta hadiah, para hakim menerima rasuah, dan orang besar berbicara jahat sesuka hati. Demikianlah mereka bermuafakat bersama-sama.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik (+Deuterokanonika)

3 Mereka semua mahir melakukan kejahatan. Para pegawai dan hakim minta rasuah. Orang kenamaan memaksakan kemahuan mereka. Oleh itu mereka bersama-sama bersepakat untuk melakukannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac

Alkitab Berita Baik

3 Mereka semua mahir melakukan kejahatan. Para pegawai dan hakim minta rasuah. Orang kenamaan memaksakan kemahuan mereka. Oleh itu mereka bersama-sama bersepakat untuk melakukannya.

Faic an caibideil Dèan lethbhreac




Mikha 7:3
26 Iomraidhean Croise  

Sesiapa yang sengaja mengenyitkan matanya merancang tipu muslihat, dan orang yang menggigit bibirnya telah pun melakukan kejahatan.


Orang durjana menerima rasuah secara sembunyi-sembunyi untuk menyelewengkan jalan keadilan.


Para penguasamu ialah pemberontak dan sahabat para pencuri. Semuanya mencintai rasuah dan mengejar-ngejar ganjaran. Mereka tidak membela hak anak-anak yatim, dan perkara balu tidak sampai kepada mereka.


Sesungguhnya, TUHAN hendak datang dari kediaman-Nya di syurga untuk menghukum penduduk bumi kerana kesalahannya. Bumi akan memperlihatkan darah yang tertumpah di atasnya, dan tidak akan lagi menutupi mayat orang yang tewas di atasnya.


Bangsa itu akan saling menindas, seorang terhadap seorang, satu terhadap yang lain. Anak-anak akan berlaku kurang ajar terhadap orang tua, dan orang hina menentang orang mulia.


Penipu itu buruk kelakuannya. Dia merancangkan muslihat untuk menghancurkan orang miskin dengan kata-kata dusta, sekalipun orang melarat itu membela haknya.


yang membenarkan orang fasiq kerana rasuah dan menjauhkan keadilan daripada orang benar.


Masakan Dia memendam amarah untuk selama-lamanya? Masakan Dia menyimpan murka untuk seterusnya?’ Itulah yang kaukatakan, tetapi sedapat-dapatnya engkau melakukan kejahatan.”


“Memang bodoh umat-Ku itu, mereka tidak mengenal Aku. Mereka anak yang tolol dan mereka tidak mempunyai pengertian. Mereka pandai berbuat jahat, tetapi tidak tahu bagaimana harus berbuat baik.”


Oleh sebab itu Aku akan menyerahkan isteri mereka kepada orang lain, dan ladang-ladang mereka kepada orang yang akan merebutnya. Yang terkecil sampai kepada yang terbesar, semuanya mengejar laba. Baik nabi mahupun imam, semuanya melakukan penipuan.


Di tengah-tengahmu pula orang menerima suap untuk menumpahkan darah. Engkau mengambil wang bunga dan riba. Engkau mengambil untung daripada jiranmu dengan pemerasan, sedangkan Aku kaulupakan, demikianlah firman Tuhan ALLAH.


Para pembesar di tengah-tengahnya seperti serigala yang mencabik-cabik mangsa. Mereka menumpahkan darah dan melenyapkan nyawa orang demi mengejar laba.


Lihat, di dalammu pemimpin Israel menggunakan kekuasaan masing-masing untuk menumpahkan darah,


Kerana kamu mendorong-dorong dengan rusuk dan bahu serta menanduk semua yang lemah sehingga mereka tercerai-berai ke mana-mana,


Firman-Nya kepadaku, “Kesalahan keturunan kaum Israel dan Yehuda sedemikian besar. Negeri ini penuh dengan penumpahan darah dan kota ini penuh dengan penyimpangan. Mereka berkata, ‘TUHAN telah meninggalkan negeri ini. TUHAN tidak melihat.’


Minuman keras mereka habis, mereka terus-menerus berzina. Para penguasanya sangat menyukai keaiban.


Mereka menyeronokkan raja dengan kejahatan mereka, dan para pembesar dengan pembohongan mereka.


Sebab Aku tahu berapa banyak pelanggaranmu dan berapa besar dosamu, wahai kamu yang menyempitkan lagi kehidupan orang benar, yang mengambil wang suap, dan yang memutarbalikkan hak orang yang melarat di sidang pengadilan.


Kebelakangan ini umat-Ku bangkit seperti musuh. Kamu melucuti jubah daripada busana orang yang berlalu dengan aman, yang menolak peperangan.


Para ketuanya memutuskan hukum demi rasuah, para imamnya mengajar demi bayaran, dan para nabinya menenung demi wang. Tetapi mereka juga bersandar kepada TUHAN dan berkata, “Bukankah TUHAN ada di tengah-tengah kita? Tidak ada malapetaka yang akan menimpa kita.”


Wahai kamu yang membenci kebaikan dan mencintai kejahatan, yang merompak kulit daripada tubuh orang dan daging daripada tulang-tulang mereka.


Dia berkata kepada mereka, “Apakah yang sanggup kamu berikan kepadaku kalau kuserahkan Dia kepadamu?” Mereka memberinya tiga puluh keping wang perak.


Oleh itu, janganlah menghakimi seseorang sama ada dia bersalah atau tidak sebelum sampai waktunya. Tunggulah hingga Tuhan datang kembali dan mendedahkan segala rahsia yang diselubungi kegelapan, segala niat yang terpendam dalam hati manusia. Ketika itulah setiap orang akan mendapat penilaian yang sewajarnya daripada Allah.


Lean sinn:

Sanasan


Sanasan